CAPE TOWN – Portugal mengamuk. Tanpa ada rasa belas kasihan, mereka  membelasah Korea Utara 7-0 pada aksi kedua Kumpulan G yang berlangsung  dalam keadaan hujan malam tadi.
Ia sekali gus meletakkan Portugal sebelah kaki untuk layak ke   pusingan kedua manakala perjuangan Korea Utara pada Piala Dunia 2010  sudah berakhir berakhir.
Dengan Brazil telah mengesahkan tempat ke pusingan  kedua, Portugal  yang kini mengumpul empat mata meninggalkan Ivory Coast dalam kedudukan  cukup tipis untuk melayakkan diri.
Biarpun hanya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi  jaringan Raul Meireles pada minit ke-29, Portugal terus garang menambah  enam lagi gol pada babak kedua.
Namun, ia bukan tugas mudah bagi Portugal kerana pada babak pertama,  Korea Utara turut mencipta beberapa peluang  menerusi corak permainan  serangan balas.
Suasana permainan bagaimanapun berubah terus setelah Portugal  memperoleh tiga gol pantas pada awal separuh masa  kedua.
Gol kedua Portugal dijaringkan oleh Simao Sabrosa pada minit ke-53  diikuti gol ketiga dan keempat masing-masing hasil jaringan Hugo Almeida  (56) dan Tiago (60).
Pada minit ke-81, penyerang gantian Portugal, Liedson menambah gol  kelima sebelum ketua pasukan, Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan  kemarau gol antarabangsa sepanjang dua tahun dengan meledak gol keenam  Portugal pada minit ke-87.
Tiago menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol ketujuh Portugal  pada minit ke-90 untuk menutup kemenangan penuh bergaya itu.
Sebelum sepak mula, jurulatih Portugal, Carlos Queiroz telah  membuat  empat pertukaran terhadap kesebelasan pemain yang terikat seri tanpa  jaringan dengan Ivory Coast pada aksi sulung Portugal.
Tiago mengisi tempat Deco yang cedera manakala Simao, Almeida dan  Miguel menggantikan Danny, Liedson dan Paulo Ferreira.
sumber: Kosmo! Online
Piala Dunia | Portugal 7 Korea Utara 0
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment