PELUANG Malaysia untuk meraih kejuaraan dunia pertama dalam sejarah  badminton tampak sukar apabila undian yang dilakukan semalam tidak  memihak kepada pemain-pemain negara.
Lebih malang apabila pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee  Chong Wei terpaksa berdepan rakan senegara, Muhammad Hafiz Hashim seawal  pusingan kedua sekiranya masing-masing melepasi halangan pertama.
Malah jika salah seorang berjaya mara, berada dalam laluan seterusnya  adalah sama ada Jan Jorgensen (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia),  Kenichi Tago (Jepun) atau paling digeruni, Lin Dan (China) sebelum boleh  mara ke perlawanan akhir.
Manakala dalam satu lagi kumpulan undian bagi Kejohanan Dunia 2010  itu yang dianggap agak mudah menyaksikan Peter Gade (Denmark), Chen Jin  (China) dan Sony Dwi Kuncoro menjadi pilihan untuk mara ke final.
Sony merupakan naib juara perseorangan lelaki pada 2007 dan menduduki  tempat ketiga pada kejohanan di Hy- drebad, India tahun lalu.
Begitu juga dalam acara beregu lelaki menyaksikan pasangan Koo Kien  Keat- Tan Boon Heong terus dihantui kelibat pasangan Korea, Jung Jae  Sung-Lee Yong Dae.
Terbaru, beregu nombor satu negara dan dunia itu tumpas kepada Jae  Sung- Yong Dae pada separuh akhir Terbuka Taiwan yang berlangsung minggu  lalu.
Pada Kejohanan Dunia nanti, kedua-dua musuh ketat ini dijangka  bertemu lebih awal iaitu dalam suku akhir sebelum boleh mara ke  peringkat seterusnya.
Satu lagi beregu negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah juga berdepan  kesukaran apabila dijangka bertemu juara Olimpik, Markis Kido-Hendra  Setiawan pada pusingan ketiga.
Belum ada pemain Malaysia pernah muncul juara dunia dalam semua kategori yang dipertandingkan setiap tahun. 
Kejohanan Dunia 2010 bakal berlangsung di Paris, Perancis dari 23 hingga 29 Ogos ini.
sumber: Kosmo online 
Laluan Sukar Buat Malaysia
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.

 
