LONDON - Wayne Rooney seakan-akan memberi 'lampu hijau' kepada  Chelsea.
Dalam satu kenyataan terbuka kelmarin, penyerang Manchester United  itu mengesahkan yang dia akan meninggalkan Old Traf- ford.
Bintang England itu menjelaskan, dia membuat keputusan sedemikian  selepas gagal mendapat jaminan mengenai masa depan United daripada Ketua  Ekseku- tif kelab itu, David Gill.
Isnin lalu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendedahkan yang beliau  berminat membawa Rooney ke Stamford Bridge.
Begitupun, skuad The Blues tidak akan menawarkan gaji melebihi  £160,000 (RM784,428) kepada penyerang itu.
Rooney menegaskan, wang bukanlah isu sebenar yang mendorong dia  meninggalkan United.
"Saya telah berjumpa dengan David Gill minggu lepas dan dia gagal  memberi jaminan kepada saya tentang hala tuju pasukan ini," kata Rooney.
"Saya kemudian memberitahunya yang saya tidak akan menyambung kontrak  baru dengan United.
"Pada perjumpaan Ogos lalu, saya ada bertanya mengenai jaminan  tentang kemampuan kelab ini menarik minat pemain bertaraf dunia.
"Bagi saya, semuanya adalah tentang keupayaan memenangi sebanyak  mungkin trofi ketika kelab ini dibimbing oleh Alex Ferguson.
"Oleh sebab itu, saya rasa persoalan yang saya cari selama ini  akhirnya telah terjawab," katanya.
Kenyataan Rooney ini dikeluarkan sehari selepas pengurus United,  Ferguson mengeluarkan kenyataan tentang isu ini.
Ferguson menuduh isu ini ditimbulkan oleh ejen Rooney selain  menjelaskan wang telah menggelapkan mata penyerang England itu  berbanding kesetiaan dan kepercayaan. - Agensi
sumber: kosmo 
Home »
Chelsea
 , 
Manchester United
 , 
Old Trafford
 , 
Rooney
 » Rooney sudah nekad tinggalkan Old Trafford
Rooney sudah nekad tinggalkan Old Trafford
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment