MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya bahawa  masalah yang sedang melanda penyerangnya, Wayne Rooney berpunca  daripada jiwa pemain itu sendiri yang tidak tenang.
Ferguson ketika ini memberikan Rooney tempoh rehat panjang setelah  penyerang England itu membuat ancaman untuk meninggalkan United.
Rooney daripada seorang yang bergelar Pemain Terbaik Tahunan  tiba-tiba merudum prestasinya ketika bersama skuad England dan juga  United berikutan pendedahan media berhubung skandal seks bersama  pelacur.
"Saya tak pasti apa punca dia (Rooney) kehilangan prestasi kerana  semua ini telah bermula sejak dia beraksi pada Piala Dunia 2010.
"Mungkin tawaran daripada beberapa kelab lain membuatkan kepalanya  serabut pada ketika itu yang telah menjejaskan prestasinya. Tapi saya  tak pasti itu puncanya.
"Jadi apa yang penting buat kami ialah membantu Rooney untuk  menghindari masalah tersebut. Ternyata sesuatu telah mengganggu  fikirannya," kata Ferguson.
Ditanya adakah ia berpunca daripada isu lanjutan kontrak baru,  Ferguson berkata: "Saya berasa perkara ini juga bermain-main dalam  fikirannya sebelum ini."
Manchester City dilihat hampir saja berjaya mendapatkan Rooney  sehingga pemain itu menerima ancaman bunuh daripada para peminat fanatik  United.
Namun Rooney akhirnya membuat pusingan U dengan menandatangani  kontrak baru untuk bersama United bagi tempoh lima tahun lagi.
United telah pun mencatat tiga kemenangan selepas isu Rooney itu  selesai dan Ferguson menganggap segala kekalutan yang berlaku telah  membuatkan pasukannya lebih bersatu.
"Ia telah memberi satu kesan yang menarik iaitu menjadikan setiap  pemain dalam pasukan ini kembali dengan semangat berpasukan.
"Rooney sudah bersedia untuk kembali dalam pasukan. Mungkin dia akan  kembali dalam tempoh tiga minggu lagi," jelas Ferguson. 
- Agensi
sumber:kosmo 
Home »
Manchester United
 , 
Masalah Rooney permain Manchester United
 , 
Rooney
 , 
Skandal seks Rooney
 » Masalah Rooney berpunca daripada dia sendiri
Masalah Rooney berpunca daripada dia sendiri
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment