Korea Menang 2-0 Ke atas Greece

PORT ELIZABETH – Korea Selatan tampil dalam kelas tersendiri.Semalam mereka mencatat kemenangan pertama pada kempen Piala Dunia 2010 dengan mengalahkan Greece 2-0 dalam aksi Kumpulan B.

Ini sekali gus membuka peluang untuk mereka mara ke pusingan kalah mati.Korea Selatan yang pernah mara ke separuh akhir pada edisi 2002, jelas terlalu hebat buat juara Eropah 2004, Greece yang ditewaskan hasil jaringan Lee Jung-soo dan kapten, Park Ji-sung.

Pasukan dari Asia itu memulakan aksi Kumpulan B dengan mendahului seawal minit ketujuh apabila sepakan percuma pemain Celtic, Ki Sung-yueng berjaya disambar Jung-soo untuk meledak gol pertama.

Dengan reputasi sebagai juara Euro 2004, Greece jelas tersentak dengan gol tersebut, namun masih gagal memberi tentangan kepada Korea Selatan.

Jurulatih Greece, Otto Rehhagel juga tidak senang duduk sepanjang permainan itu berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay.

Greece yang tidak pernah menjaringkan sebarang gol dalam kempen Piala Dunia, terus menderita hasil jaringan Ji-sung pada minit ke-52.

Read More | ulasan

Piala Dunia 2010: Perancis, Uruguay kongsi mata

KUALA LUMPUR 12 Jun - Naib Juara Piala Dunia 2006, Perancis gagal memanfaatkan kelebihan walaupun Uruguay beraksi dengan 10 pemain dalam 10 minit terakhir selepas sekadar seri 0-0 di Stadium Green Point, Cape Town.
Perancis banyak menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama namun penyerang Les Blues, Nicolas Anelka dan Sidney Govou tumpul dalam mencari tindakan penyudah.
Pada minit ke-80, pemain Uruguay, Nicolas Lodeiro diarah keluar padang sekali gus menjadi pemain pertama di Piala Dunia Afrika Selatan menerima kad merah.

sumber: http://www.utusan.com.my
Read More | ulasan

PIALA DUNIA | Africa Selatan vs Maxico sekadar Seri

Afrika Selatan gagal menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri apabila seri 1-1 bertemu
dengan Maxico dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia malam tadi. Gol yang dijaring oleh 
Siphiwe Tsabalala pada minit ke-54 sekadar seri apabila pasukan Maxico, Rafael Marquez 
menyumbat gol penyamaan pada minit ke-79.
Read More | ulasan

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

Followers

Blog Stats


Internet Marketing
Submit website
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
My Ping in TotalPing.com
HTML hit counter - Quick-counter.net
asp hit counter
hidden hit counter


Blog Archive

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website