KONVENSYEN Industri Sukan Malaysia (KISMAS) 2010 yang berlangsung  mulai semalam hingga esok  meletakkan matlamat untuk menjadikan bidang  sukan di negara ini mampu berkembang dengan sendiri tanpa bantuan  kerajaan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, buat  masa ini, China akan menjadi model kepada Malaysia untuk merealisasikan  hasrat itu.
Katanya, adalah tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia tidak perlu  lagi ada kementerian yang memajukan sukan seperti yang berlaku di  Amerika Syarikat dan Jepun ketika ini.
“Kita memerlukan masa yang panjang untuk mencapai  tahap seperti di  Amerika Syarikat tetapi dengan adanya KISMAS, kita sedang bergerak ke  arah itu dengan menumpukan kepada sukan (seperti sepak takraw dan  badminton) yang sudah ada pasaran terlebih dulu.
“Namun, ini tidak bermakna sukan yang masih tidak ada pasaran seperti  boling padang misalnya, akan diabaikan pembangunannya, sebaliknya  mereka akan terus dibantu kerajaan sehingga berjaya menjadi satu  industri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan KISMAS kali kedua di  sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.
Menurutnya, sejak diadakan KISMAS buat kali pertama tahun lalu,  sambutan yang diterima daripada pihak penaja amat menggalakkan kerana ia  telah berjaya membuka minda mereka tentang sukan sebagai satu industri.
Jelas beliau, syarikat-syarikat seperti CIMB, AirAsia, BMW, Pet-  ronas dan Mercedes kini sudah mula sedar tentang peluang pema- saran  mereka di samping melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
“Syarikat-syarikat penaja ini sudah mempunyai strategi pemasaran  mereka sendiri walaupun KISMAS pertama lalu kita hanya mengetengahkan  pernyataan konsepnya sahaja.
“Dalam waktu sama kerajaan yang juga mulai sedar tentang potensi  industri sukan ini sedia membantu mereka dengan mengubah dasar  percukaian negara.
“Jelas ia satu respon yang baik kepada usaha untuk menarik lebih  banyak penajaan selepas ini,” tegasnya.
Beliau berkata, sebuah negara besar seperti China misalnya, masih  mengamalkan penyediaan bantuan untuk membangunkan bidang sukan di negara  mereka tetapi dalam waktu sama sudah mula mengeluarkan barangan sukan  seperti raket badminton berjenama Li Ning.
Bagaimanapun Shabery berkata, barangan sukan berjenama tempatan masih  belum mampu mencapai ke tahap itu kerana industri sukan kita masih jauh  ketinggalan.
“Tetapi kesedaran syarikat tempatan tentang penajaan di peringkat  antarabangsa seperti AirAsia dan Petronas dalam pasukan kereta Formula  Satu, AirAsia dalam bola sepak Liga Perdana England serta CIMB dalam  sukan golf sudah menampakkan hasilnya,” jelas beliau.
Sehubungan itu Shabery berkata, untuk menghasilkan barangan sukan  tempatan yang mampu menembusi pasaran antarabangsa, pembangunan dan  pencapaian sukan negara yang kini boleh dianggap sudah berada di  landasan tepat perlu bergerak seiring dengan industri sukan ini.
“Sudah tiba masanya, Malaysia kena ubah pendekatan daripada hanya  melihat kepada pencapaian sukan sahaja kepada perspektif lain yang lebih  komersial dan menguntungkan,” ujarnya.
Shabery turut memberi contoh bagaimana ketika Afrika Selatan  menganjurkan Piala Dunia pada bulan Jun lalu tetapi China yang meraih  banyak keuntungan.
“Ini kerana alat bunyian vuvuzuela yang menjadi kegilaan penon- ton  ketika itu dibuat dan dihasilkan di China,” katanya.
sumber:kosmo 
Home »
Badminton
 , 
Ikut langkah China dalam sukan
 , 
KONVENSYEN Industri Sukan Malaysia (KISMAS)
 , 
Majlis Sukan Negara(MSN)
 , 
Takraw
 » Malaysia mahu ikut langkah China
Malaysia mahu ikut langkah China
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment