KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Datuk  Lee Chong Wei memulakan kempen mempertahankan kejuaraan badminton  Terbuka Macau dengan menang mudah ke atas pemain tuan rumah, Chan lo  Chong semalam.
Pemain No. 1 dunia itu hanya memerlukan 19 minit untuk membenam  cabaran Io Chong 21-9, 21-10, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai  pilihan utama pada kejohanan Grand Prix Emas bernilai AS$120,000  (RM383,000) itu. 
Chong Wei, yang turut muncul naib juara Terbuka Macau dua kali pada  2008 dan 2006 kini akan menentang pemenang di antara rakan senegara dan  juara Terbuka Kedah, Chan Kwong Beng atau pemain Taiwan, Hao Hsu Jen.
Pemain berusia 27 tahun itu memburu kejuaraan keenamnya tahun ini  selepas muncul juara dalam empat kejohanan Siri Super - All England,  Terbuka Korea, Terbuka Malaysia dan Terbuka Indonesia, selain gelaran  Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, dua minggu lalu.
Biarpun Malaysia turut menghantar lima lagi pemain perseorangan  lelaki - Wong Choong Hann, Tan Chun Seang, Liew Daren, Mohd. Arif Abdul  Latif dan Beryno Wong, namun jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro menjadi  pilihan untuk bertemu Chong Wei di final, Ahad ini. 
Sementara itu cubaan kedua kombinasi baru beregu campuran, Tan Bin  Shen-Ng Hui Ern untuk melangkah ke undian utama kejohanan Grand Prix  Emas tidak kesampaian apabila tunduk 21-19, 19-21, 19-21 di tangan  pasangan Taiwan, Pin Lu Chia-Han Hung Shih di pusingan kelayakan.
Malaysia turut membariskan tujuh beregu lelaki diketuai Choong Tan  Fook-Lee Wan Wah, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif, Chan Chong  Ming-Chew Choon Eng, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen, Goh Wei Shem-Teo Kok  Siang, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Lim Kim Wah, namun  semuanya hanya memulakan kempen hari ini.
Cabaran perseorangan wanita pula diketuai Wong Mew Choo dan Lydia  Cheah, yang turut turun ke gelanggang hari ini manakala pasangan muda  paling menyinar, Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengetuai saingan beregu wanita  bersama Ng Hui Ern-Ng Hui Lin, selain pasangan senior, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.
sumber: utusan malaysia online 
Lee Chong Wei mudah lepasi halangan
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment