KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tetap meneruskan rancangan untuk  membina Akademi Badminton Negara meskipun telah dua kali gagal dalam  proses pemilikan tapak.
Demikian pengakuan menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, semalam.
Beliau berkata, ia akan diteruskan kerana dana sebanyak RM24 juta  telah diperuntukkan untuk pembinaan akademi tersebut dalam Rancangan  Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
"Perancangan kita ini ialah untuk menggabungkan akademi itu dengan  akademi berbasikal dan velodrom tertutup yang akan dibina di 'Vision  Valley', Labu (Negeri Sembilan)," katanya selepas melawat tapak Pusat  Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kompleks Sukan Kampung Pandan semalam.
Katanya, projek itu adalah kerjasama antara kerajaan dengan sebuah syarikat swasta. 
"Bagaimanapun, perkara ini masih dalam kajian dan belum diputuskan," katanya.
Pada 2008, KBS mengenal pasti satu tapak di Taman Maluri, Cheras  untuk pembinaan akademi itu yang akan menjadi pusat kece- merlangan  badminton negara. 
Bagaimanapun, KBS terpaksa melepaskan tapak tersebut dan memilih satu  kawasan seluas 3.3 hektar kepunyaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Jalan  Cochrane, Cheras. 
Baru-baru ini JAS mengambil keputusan untuk tidak melepaskan tapak tersebut kerana ia tergolong dalam hartanah bernilai tinggi.
sumber: kosmo online 
Akademi badminton tetap diteruskan
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.

 
