BARISAN 15 pemimpin yang telah dipilih menganggotai Jawatankuasa  Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2010-2014 pada Sabtu lalu  dijangka akan bersidang buat kali pertama minggu depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, masih tiada  sebarang tarikh ditetapkan buat masa ini kerana ia hanya akan diputuskan  oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat.
"Belum lagi. Kita tunggulah titah dari- pada Tuanku Presiden. Mungkin  pertemuan pertama barisan Jawatankuasa Ekseku- tif FAM yang baru ini  akan berlangsung minggu depan atau 10 hari lagi," katanya ketika  dihubungi Kosmo! semalam.
Jelas Azzuddin, buat masa ini tiada seba- rang keputusan boleh dibuat  mana-mana jawatankuasa di dalam FAM memandangkan beberapa pengerusinya  tewas ketika pemilihan pada Kongres Tahunan FAM ke-47, Sabtu lalu.
Antara yang tewas ialah Pengerusi Jawa- tankuasa Teknikal, Datuk Seri  Redzuan Sheikh Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan,  Datuk Che Mat Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Datuk Seri Raja  Ahmad Zainuddin Raja Omar.
"Semua urusan FAM pada masa ini adalah mengikut apa-apa keputusan yang telah diputuskan sebelum kongres tempoh hari.
"Tiada apa keputusan baru yang boleh kita lakukan sebelum pelantikan  pengerusi baru jawatankuasa-jawatankuasa tersebut termasuklah mengenai  status penghantaran skuad Harimau Muda A ke luar negara," ujar Azzuddin.
Hanya dua individu yang berjaya mempertahankan jawatan iaitu Sultan  Ahmad Shah yang menang tanpa bertanding kerusi Presiden FAM dan Datuk  Afandi Hamzah yang menang salah satu kerusi Naib Presiden.
Dua kerusi Timbalan Presiden kini menjadi milik Tengku Mahkota  Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menerima 29 undi dan Tan  Sri Annuar Musa dengan 23 undi.
Empat kerusi Naib Presiden pula disandang Datuk Subahan Kamal yang  memperoleh 28 undi, Datuk Hamidin Mohd. Amin (27), Afandi (20) dan Datuk  Abdullah Hishan Mohd. Hashim (19).
Lapan individu dipilih sebagai Exco FAM iaitu Datuk Takiyuddin Hassan  33 undi, Datuk Astaman Abdul Aziz (32), Mejar Rani Abdul Rahim (31), S.  Sivasundaram (31), Dr. Hamdan Mohamed Khalib (29), Datuk Osman Salleh  (24), Rosmadi Ismail (24) dan Datuk Jeferey Low Han Chau (20).
sumber: kosmo online
FAM bersidang minggu depan
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment