MALAYSIA berjaya meraih pingat perak dalam acara berpasangan pada  Kejohanan Boling Lelaki Dunia di Dream Bowl Palace, Munich semalam.
Kejayaan tersebut hadir menerusi gandingan mantap Alex Liew dan Nur  Aiman yang ternyata cemerlang sepanjang laluan mereka ke perlawanan  akhir.
Pada aksi final semalam, mereka turun menentang pasangan pilihan  utama kejohanan dari Sweden, Martin Paulsson dan Mathias Arup tanpa  sedikit pun tidak menunjukkan perasaan gentar.
Malah, gandingan mereka dilihat lebih cemerlang pada awal saingan  apabila pasangan negara itu berjaya mendahului lawan mereka dengan 16  jatuhan pin.
Namun, Alex dan Aiman terpaksa akur dengan kehebatan dua pemain dari  Sweden itu yang tampil cemerlang pada pusingan terakhir dengan melakukan  221 jatuhan pin keseluruhannya.
“Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan tahap permainan Alex dan Aiman hari ini (semalam).
“Namun,  nasib ternyata tidak menyebelahi kami (Malaysia) selepas  suatu ketika berjaya mendahului pihak lawan dengan 16 jatuhan pin  sebelum kecundang pada pusingan akhir.
“Apa-apa pun bagi saya pingat perak sudah memadai pada kejohanan  dunia kali ini,” jelas ketua jurulatih Malaysia,” Holloway Cheah.
Terdahulu, Alex dan Aiman berjaya mengetepikan pasangan tuan rumah,  Bodo Konieczny dan Jens Nickel dengan 429 jatuhan pin berbalas 325  pada  aksi peringkat sepa- ruh akhir.
sumber: kosmo 
Sukan Boling | Malaysia Raih Pingat Perak
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment