BERLIN - Mesut Ozil tidak akan turun beraksi untuk Werder Bremen pada  perlawanan pertama playoff Liga Juara-Juara menentang Sampdoria pada  awal pagi esok selepas bintang Jerman itu sah akan berhijrah ke Real  Madrid dengan bayaran perpindahan 15 juta euro (RM60.9 juta).
"Kami terpaksa menghormati keputusan Ozil untuk ber hijrah bagi  meningkatkan lagi kariernya," kata Pengarah Sukan Bremen, Klaus Allofs.
Pada masa yang sama, laman web rasmi Real turut mengesahkan berita  perpindahan tersebut setelah mereka tertarik dengan kelibat cemerlang  Ozil sepanjang Piala Dunia 2010.
Justeru, tatkala Bremen sedang bersiap untuk menghadapi Sampdoria,  Ozil, 21, tidak turun menyertai sesi latihan semalam dan dia dijangka  akan berada di Madrid hari ini untuk ujian perubatan.
Real perlu membuat keputusan segera sebelum aksi playoff menentang  Sampdoria esok kerana sekiranya Ozil turun beraksi pada perlawanan itu,  dia tidak dibenarkan bermain untuk dua pasukan berbeza pada saingan  Eropah itu dalam satu musim.
Sementara itu, skuad bimbingan Thomas Schaaf tersebut kerap bermain  pada Liga Juara-Juara sejak beberapa tahun kebelakangan ini manakala  Sampdoria kali terakhir beraksi ketika mereka tewas kepada Barcelona  pada final 1991/92.
Bagi perancang tengah Itali, Antonio Cassano, dia yang telah menolak  untuk berhijrah ke Inter Milan, berhasrat untuk memberi komitmen penuh  bagi membantu Sampdoria mengulangi kejayaan lampau tersebut.
"Saya mahu tamatkan karier di sini. Bersama Sampdoria, saya rasa  begitu selesa umpama raja. Apa yang penting dalam hidup adalah  kebahagiaan dan saya merasai semuanya di sini," kata Cassano. - AFP
sumber: kosmo 
Ozil sah jadi milik Real Madrid
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment