LONDON – Kapten Arsenal, Cesc Fabregas menganggap kemenangan 3-0 ke  atas Manchester City dalam saingan Liga Perdana England Ahad lalu tidak  berguna andai mereka gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu,  Chelsea.
Skuad kendalian Arsene Wenger itu kini melonjak ke tangga kedua liga  biarpun terpaksa berkongsi 17 mata dengan Manchester United yang  menghuni tangga ketiga.
Justeru, Fabregas mahu rakan-rakan sepasukannya meneruskan rentak  kecemerlangan tersebut sambil mengintai peluang bagi merampas kedudukan  selaku pendahulu daripada Chelsea.
“Kemenangan ke atas City baru satu perlawanan dan masih banyak lagi  perlawanan yang perlu diharungi.
“Masa untuk mengatakan sama ada kami bertambah matang atau lebih baik  daripada sebelum ini hanya boleh dibincangkan pada penghujung musim  nanti.
“Dalam bola sepak, kamu akan tahu apa yang bakal orang ramai  perkatakan jika kamu menang dan begitu juga sebaliknya.
“Apa yang lebih penting, kamu perlu terus fokus terhadap apa yang  kamu lakukan baik semasa latihan mahupun dalam perlawanan. Berjuanglah  atas nama pasukan,” jelas Fabregas. 
Sementara itu, penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabian- ski berkata,  kemenangan ke atas City membuktikan The Gunners masih berbisa.
Sebelum ini, Arsenal dilabel sebagai budak belasa- han apabila  bertemu pasukan hebat seperti Manches- ter United mahupun Chelsea.
Namun, Fabianski percaya mereka telah menunjuk- kan potensi sebenar  dengan meledak tiga gol pada pertemuan di Eastlands Ahad lalu, sekali  gus melon- jak ke tangga kedua liga.
“Saya masih ada keyakinan yang tinggi dalam pasukan ini tetapi apa  yang penting ialah keupayaan kami untuk memenangi perlawanan penting  seperti ini,” kata Fabianski.
“Ia kemenangan penting bagi kami kerana sebelum ini kami berada di  belakang City dalam liga. Sekarang kami di tempat kedua dan mengekori  pendahulu, Chelsea.” – Agensi
sumber:kosmo 
Arsenal makin membara
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment