SITI Zubaidah Adabi (gambar) dan Siti Sarah Abdul Kadir menjadi  sandaran negara dalam acara pecut pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou,  China bulan depan.
Ketika mengesahkan perkara tersebut semalam, ketua jurulatih olahraga  negara, Harun Rasheed Othman menjelaskan, pemilihan kedua-dua atlet itu  adalah berdasarkan prestasi semasa mereka ketika ini.
"Sebenarnya perkara ini telah diputuskan beberapa bulan lepas dan  ketika ini hanya Zubaidah dan Sarah sahaja yang memiliki catatan  peribadi terbaik jika dibandingkan dengan atlet yang lain.
"Begitupun, saya tetap memantau prestasi semasa kedua- dua atlet  tersebut dan sekiranya mereka gagal mencapai tahap seperti apa yang  dinginkan, tidak mustahil saya akan menggantikan mereka dengan atlet  lain.
"Sebab itu, saya mengharapkan Zubaidah dan Sarah terus gigih  menjalani latihan agar mereka berada pada tahap terbaik menjelang Sukan  Asia nanti," jelas Harun ketika dihubu- ngi Kosmo! semalam.
Sebelum ini, Zubaidah turut layak beraksi dalam acara 100 meter pada  temasya Sukan Komanwel 2010 yang lalu atas tiket kategori B tetapi telah  menarik diri pada saat-saat akhir ekoran mengalami masalah kecederaan  di bahagian tapak kakinya.
Begitupun kali ini, Zubaidah dan Sarah layak beraksi secara automatik  selepas kedua-duanya tersenarai dalam kuartet 4x100 meter wanita negara  yang terlebih dahulu berjaya melepasi had kelayakan ke Sukan Asia 2010  dalam acara tersebut.
Selain melepasi had kelayakan ke Sukan Asia, kuartet negara itu  ternyata berada pada landasan terbaik apabila catatan 45.33 saat yang  dilakukan mereka pada Grand Prix (GP) Poland, Julai lalu dicatat sebagai  rekod baru kebangsaan.
Ditanya perkembangan persiapan kuartet 4x100 meter negara ke Sukan  Asia kali ini, Harun berkata: "Semua atlet kini komi- ted dengan  latihan."
sumber:kosmo 
Pecut Negara | Zubaidah, Sarah jadi pilihan
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment