LONDON - Ferrari tidak boleh memandang rendah keupayaan pesaing  terdekat mereka, Red Bull dan McLaren dalam dua perlumbaan terakhir  Formula Satu (F1) di Brazil dan Abu Dhabi bulan depan.
Ahad lalu, pemandu Ferrari, Fernando Alonso merampas kedudukan  pendahulu keseluruhan daripada pemandu Red Bull, Mark Webber selepas  menjuarai Grand Prix (GP) Korea.
Alonso kini mendahului dengan 231 mata, 11 mata mengatasi Webber yang  gagal menamatkan perlumbaan pada GP Korea akibat kemalangan.
Pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang menduduki tempat kedua GP Korea  pula berada di tangga ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 21 mata di  belakang Alonso.
Begitupun, Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo berkata, mereka  tidak boleh leka dengan kejayaan Alonso pada perlumbaan sulung GP Korea  lalu dan harus fokus pada baki dua per- lumbaan terakhir.
"Kami tidak boleh leka kerana persaingan masih terbuka dan kami tahu  kami berdepan dengan pesaing yang hebat," jelas Montezemolo.
"Kami harus mencatat keputusan terbaik di Brazil dan Abu Dhabi dan  disebabkan itu, kami harus fokus setiap masa."
Sementara itu, ketua Ferrari, Stefano Domenicali menuntut pasukannya  agar terus bekerja keras menjelang dua perlumbaan akan datang.
"Pertama sekali kami harus bertenang," kata Domenicali.
"Memang kami gembira dengan kemenangan ini tetapi persaingan masih  belum berakhir dan apa sahaja boleh berlaku pada dua perlumbaan terakhir  nanti.
"Jika kami tidak berhati-hati, kami mungkin akan terlepas peluang  terbaik menjadi juara dunia." - Agensi
sumber: kosmo 
Ferrari waspada Red Bull, McLaren
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment