KONTINJEN Malaysia berjaya melepasi sasaran pungutan pingat emas pada  Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India. Pada hari terakhir temasya  Komanwel semalam, kontinjen Malaysia berjaya menambah empat lagi pingat  emas bagi menjadi keseluruhan 12 emas.
Jumlah itu melepasi sasaran awal iaitu 10 pingat emas yang diletakkan  Majlis Sukan Negara (MSN).
Ia merupakan pencapaian terbaik Malaysia pada penampilan di luar  negara selepas memenangi tujuh emas, 12 perak dan 10 gangsa pada temasya  di Melbourne, Australia empat tahun lalu.
Mengulas kejayaan tersebut, ketua kontinjen negara, Tan Sri Abdul  Halil Abd. Mutalif menganggap ia adalah suatu pencapaian terbaik pada  temasya Sukan Komanwel sejak tahun 1950.
“Syabas kepada semua atlet. Kesungguhan yang dipamerkan para atlet  negara telah membantu kita mencapai sasaran 10 pingat emas.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada atlet muda negara  terutama yang tidak diletakkan sasaran awal untuk memenangi pingat emas.
“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kejayaan yang  dicapai kali ini,” katanya.
Pingat emas ke-10 kontinjen Malaysia hadir menerusi atlet gimrama  negara, Elaine Koon yang beraksi cemerlang dalam acara gelung individu.
Kejayaan itu melengkapkan penampilan hari penuh bermakna Elaine pada  temasya kali in selepas dia merangkul pingat gangsa dalam disiplin  individu keseluruhan (allaround) kelmarin.
“Kejayaan Elaine ini sungguh tidak disangka. Kita meramalkan pingat  emas ke-10 negara hadir menerusi acara badminton.
“Begitupun, kejayaan ini telah meringankan tekanan para pemain  badminton, sekali gus membantu mereka menambah tiga lagi pingat emas  untuk menjadikan 12 keseluruhan,” kata Abdul Halil.
Dalam acara badminton yang berlangsung di Kompleks Sukan Siri Fort  semalam, pingat emas pertama hadir menerusi beregu bukan pilihan, Koo  Kien Keat-Chin Eei Hui.
Mereka mencipta kejutan apabila menghadiahkan pingat emas kesembilan  dalam acara beregu campuran sebelum pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong  Wei memenangi pingat emas ke-11 acara perseorangan lelaki.
Selepas itu, pasangan No. 1 dunia, Kien Keat-Tan Boon Heong  menyumbang pingat terakhir kontinjen Malaysia dalam acara beregu lelaki.
sumber: kosmo 
Misi Malaysia tercapai
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment