SEPERTI yang diramal, badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim berjaya  menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel 2010  semalam.
Kejayaan itu membolehkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku  berkumandang megah di Stadium Jawaharlal Nehru.
Amirul yang beraksi dalam acara 56 kilogram (kg) mempamerkan  persembahan menarik untuk merekodkan keseluruhan angkatan 257kg.
Meskipun dicabar hebat dua atlet India, Amirul, 29, kelahiran Rompin,  Pahang ini melakukan angkatan seberat 116kg bagi cara snatch dan 141kg  bagi acara clean and jerk.
Pingat perak dan gangsa menjadi milik Sukhen Dey (252kg) dan V.S Rao  (248kg).
Kejayaan itu sudah pasti menebus kekecewaan Amirul yang tidak dapat  beraksi pada temasya di Melbourne selepas dia menghadiahkan tiga pingat  emas di Manchester pada tahun 2002.
Untuk rekod, Amirul pernah melalui peristiwa hitam dalam karier  selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang, sekali gus  digantung selama dua tahun (2005 hingga 2007).
"Saya gembira kerana kembali melakukan angkatan emas pada Sukan  Komanwel seperti mana yang saya lakukan di Manchester pada tahun 2002.
"Saya juga bersyukur kerana kita masih mampu mengungguli acara angkat  berat pada temasya ini.
"Meskipun saya gembira dapat menghadiahkan pingat emas pertama buat  negara, saya sedikit terkilan kerana persembahan yang saya lakukan hari  ini bukan yang terbaik saya iaitu 265kg," kata Amirul. 
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek  adalah individu paling gembira dengan kejayaan yang dicatat Amirul. 
"Saya ucapkan tahniah kepada Amirul kerana berjaya menghadiahkan  pingat emas pertama negara. Kejayaan ini cukup bermakna buat kontinjen  negara dan seluruh rakyat Malaysia.
"Semangat yang ditonjolkan Amirul patut menjadi contoh kepada semua  atlet negara. Meskipun dia pernah melalui peristiwa hitam, dia tetap  bersemangat sehingga mampu menghadiahkan pingat emas buat negara," kata  Shabery semalam.
Sementara itu, impian seorang lagi wakil negara, Mohd. Shafiq Ismail  untuk menghadiahkan kemenangan 1-2 bersama Amirul tidak kesampaian  selepas dia gagal menamatkan saingan dalam kategori ini.
Turut menyaksikan kejayaan yang dilakar Amirul ialah Ketua Pengarah  Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.
sumber: kosmo 
Home »
Amirul Hamizam Ibrahim
 , 
Emas pertama Negara
 , 
New Delhi India
 , 
Sukan Komanwel 2010
 » Emas pertama negara
Emas pertama negara
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment