KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku  juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun lalu.
Kejayaan itu dicatat selepas menang tipis 2-1 ke atas juara bertahan,  Negeri Sembilan pada aksi final edisi ke-84 di Stadium Nasional, Bukit  Jalil malam tadi.
Disaksikan kira-kira 75,000 penonton kedua-dua pasukan, Kelantan  menamatkan penantian untuk menjadi pasukan ke-14 berjaya menjuarai  kejohanan berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 1921 itu.
Selepas tiga kali gagal di pentas final iaitu pada tahun 1955, 1970  dan 2009, kejayaan itu turut dianggap hadiah paling istimewa buat Sultan  Muhammed Ke-V yang baru saja ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang  baru pada 13 September lalu.
Bagi Negeri Sembilan pula, mereka kempunan untuk mempertahankan  kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, sekali gus gagal untuk muncul juara  buat kali ketiga setelah kali pertama melakukannya pada tahun 1948.
Ternyata, tuah lebih memihak kepada skuad The Red Warriors  yang dilihat tampil dengan semangat juang yang begitu tinggi biarpun  suatu ketika ketinggalan 0-1 kepada Negeri Sembilan.
Pada aksi semalam, Negeri Sembilan yang di bawah kendalian Wan Jamak  Wan Hassan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang,  Shahurain Abu Samah pada minit ke-13 hasil daripada sepakan penalti yang  diperoleh selepas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat  menjatuhkan S. Kunanlan di dalam kotak penalti.
Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, Kelantan kembali  memperkemaskan jentera serangan mereka bagi mencari gol penyamaan namun  masih gagal memecah kebuntuan sehinggalah tamat babak pertama  perlawanan.
Sebaik babak kedua, bersambung Kelantan yang dibimbing B.  Sathianathan terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu  pertahanan Negeri Sembilan.
Kerja keras barisan kesebelasan utama Kelantan akhirnya membuahkan  hasil apabila bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar berjaya meledak  gol penyamaan buat skuad The Red Warriors selepas menanduk masuk  hantaran lintang daripada Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-56.
Selang lapan minit kemudian, skuad The Red Warriors  membuktikan betapa mereka berhak memenangi perlawanan tersebut selepas  Mohd. Badri Mohd. Rodzi muncul sebagai wira apabila meledak gol  kemenangan buat pasukannya, sekali gus menambah derita buat Negeri  Sembilan yang dikendalikan oleh Wan Jamak Wan Hassan.
sumber: kosmo 
Home »
Kelantan Cipta sejarah baru
 , 
Keputusan Perlawanan Piala Malaysia
 , 
Negeri sembilan terlepas gelaran
 , 
Piala Malaysia
 , 
Sukan Malaysia
 » Piala Malaysia | Negeri Sembilan tewas
Piala Malaysia | Negeri Sembilan tewas
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment