LONDON - Meskipun dianggap sebagai 'anak emas' Portugal dan 'ayam  tambatan' di Real Madrid, Cristiano Ronaldo masih lagi mengambil berat  tentang Manchester United.
Ketika ini, sentuhan Ronaldo dalam saingan Liga Sepanyol terus  menjadi apabila dia meledakkan enam gol untuk mendahului senarai  penjaring terbanyak.
Manakala bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney pula kelihatan masih  tercari-cari rentak jaringannya bersama United.
Rooney hampir meninggalkan United minggu lalu selepas mempersoalkan  kredibiliti perancangan masa depan kelab tersebut dan Ronaldo tampil  memberi nasihatnya.
Kini selepas penyerang England itu mengubah niatnya untuk kekal di  Old Traf- ford, Ronaldo percaya masanya akan tiba untuk Rooney memberi  pulangan terhadap gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu yang dimintanya.
"Wayne masih belum menemui rentak- nya pada awal musim ini tetapi dia  masih seorang pemain yang hebat dan saya tahu tidak lama lagi dia akan  kembali pada prestasi sebenarnya," kata Ronaldo.
"Dia memutuskan untuk kekal di United dan terima kontrak baru. Kita  semua harus menghormatinya.
"Siapalah saya untuk memberi nasihat kepadanya tentang perkara itu.  Tetapi saya tahu segalanya boleh berubah dalam sekali mata," katanya.
Ronaldo yang meledakkan sembilan gol dalam empat aksi terakhir Real,  turut me- ngalami situasi yang sama dengan Rooney sebelum ini.
"Saya juga memulakan musim ini dengan hambar," katanya.
"Tetapi sukar untuk bermain dengan baik setiap kali turun pada  perlawanan tahap tertinggi seperti ini. Saya hanya mampu bertenang,  berusaha gigih dan cuba menjalankan tugas sebaik mungkin.
"Selepas itu saya berjaya menyumbang beberapa gol dan segala-galanya  telah berubah." - Agensi
sumber:kosmo 
Ronaldo pertahankan Rooney
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment