SERAMAI 48 pemain serta pegawai skuad bola sepak dan perahu layar  negara, menjadi kontin- jen pertama Malaysia berlepas ke Guangzhou,  China semalam bagi menggalas cabaran pada temasya Sukan Asia yang  dijadualkan bermula secara rasminya pada 12 hingga 27 November ini.
Ketua jurulatih bola sepak negara K. Rajagobal dan dua pemain, K.  Gurusamy dan S. Chanturu terpaksa mengorbankan sambutan Deepavali demi  melaksanakan amanah negara itu.
Mereka berpendapat walaupun terpaksa meraikan Deepavali di  perantauan, namun ia bukan penghalang melakukan yang terbaik pada  temasya kali ini.
Bagi Gurusamy dan Chanturu, ini bukanlah kali pertama mereka  menyambut Deepavali di luar negara kerana pernah berbuat demi- kian  semasa mengikuti Skuad Harimau Muda berlatih di Slovakia tahun lepas.
Ditanya mengenai peluang skuad kebangsaan, Rajagobal berkata,  walaupun dibarisi pemain muda, beliau tetap percaya dan menaruh harapan  tinggi kepada mereka untuk memberikan saingan yang menarik.
"Berdasarkan kepada prestasi semasa pemain, saya yakin mereka sudah  bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Sukan Asia kali ini. 
"Jika ada kekurangan, kita akan cuba memperbaikinya," katanya ketika  ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Pada saingan peringkat awal skuad negara yang diundi dalam Kumpulan A  akan memulakan kempen mereka Isnin ini menentang Kyrgyzstan diikuti  Jepun (10 November) dan tuan rumah, China (13 November).
Sementara itu, kapten pasukan bola sepak negara, Norhafiz Zamani  Misbah berkata, dia serta rakan-rakan sepasukannya bersedia menggalas  cabaran tersebut dan akan memberikan fokus terbaik dalam perlawanan  pertama menentang Kyrgystan.
"Kita akan tumpukan kepada latihan taktikal jurulatih dan mengikuti  segala arahan. Jika mampu menang pada perlawanan Isnin depan, ini  bermakna satu permulaan dan keyakinan buat kami, sebelum memikirkan  corak perla- wanan seterusnya," katanya.
Penjaga gol utama kebangsaan pada temasya ini, Khairul Fahmi Che Mat  berkata, walaupun beberapa pemain senior tidak tersenarai kerana masih  cedera, mereka tetap yakin untuk menampilkan yang terbaik.
"Perlawanan menentang Kyrgystan pada Isnin depan sangat penting. Saya  akan mencuba untuk tidak memberi ruang kepada pasu- kan lawan membolosi  gawang.
"Kalau boleh, skuad negara ingin mendapatkan tiga mata penuh daripada  perlawanan itu nanti untuk membangkitkan semangat menentang Jepun dan  tuan rumah, China," katanya.
Antara nama yang digugurkan oleh Rajagobal dalam barisan skuad ke  Guangzhou ialah ketua pasukan, Mohd. Aidil Zafuan dan kembarnya, Zaquan  Adha Abdul Radzak serta dua tonggak perta- hanan, Mohd. Sabre Mat Abu  dan Azmi Muslim.
sumber:kosmo 
Home »
Guangzhou
 , 
Malaysia
 , 
Pasukan pertama malaysia berlepas
 , 
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
 » Kontinjen pertama ke Guangzhou
Kontinjen pertama ke Guangzhou
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment