Showing posts with label Sukan Asia 2010 di Guangzhou. Show all posts
Showing posts with label Sukan Asia 2010 di Guangzhou. Show all posts

SASARAN MALAYSIA UNTUK 9 PINGAT EMAS MENJADI KENYATAAN

GUANGZHOU, 25 Nov (Bernama) -- Tekanan yang dirasai oleh ketua kontinjen Malaysia, Datuk Zolkples Embong sepanjang temasya Sukan Asia ke-16 di sini akhirnya terlerai apabila sasaran sembilan pingat emas telah tercapai.

Malaysia menepati sasaran tersebut menerusi skuad skuasy wanita yang dianggotai oleh Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Dalia Arnold dan Sharon Wee dalam acara berpasukan.

Zolkples berkata hatinya mula geliasah apabila terpaksa menunggu lama untuk kontinjen negara mencapai sasaran tersebut.

Read More | ulasan

Tuah Jin Keat jelma di bumi Guangzhou

SUKAN Asia 2010 di Guangzhou, China seakan-akan membawa tuah buat kepada atlet karate negara, Ku Jin Keat.
Semalam, Jin Keat berjaya menebus kekecewaannya dalam dua temasya Sukan Asia sebelum ini apabila merangkul pingat emas acara Kata individu lelaki.
Dalam acara karate yang berlangsung di Gimnasium Guangdong, Guangzhou itu, Jin Keat berjaya meraih emas ketujuh buat kontinjen Malaysia setelah mencipta kejutan menewaskan Oki Itaru dari Jepun 3-2 pada aksi final.
Read More | ulasan

SUKAN ASIA DI Guangzhou | BADMINTON MALU BESAR

SKUAD badminton negara menerima kejutan terbesar apabila tewas 2-3 kepada Thailand pada aksi suku akhir saingan berpasukan lelaki Sukan Asia 2010 di Gimnasium Tianhe, Guangzhou semalam.
Bibit-bibit kegagalan Malaysia mula terjelma apabila pemain perseorangan pertama negara, Datuk Lee Chong Wee tewas 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak Ponsana.
Bagaimanapun, beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong kembali menceriakan kem Malaysia apabila menyumbang mata sulung selepas mudah membenam Sudket Prapakamol-Songphon Anugritayawon 21-12, 21-13.
Pemain perseorangan kedua, Hafiz Hashim meletakkan Malaysia di hadapan apabila menundukkan Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-14, 21-18) untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Namun beregu kedua negara, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong gagal menghadiahkan kemenangan yang dicari apabila tewas 23-21, 12-21, 16-21 kepada Maneepong Jongjit-Bodin Isara.
Malaysia mengakhiri saingan semalam dengan noktah kegagalan apabila pemain perseorangan ketiga, Daren Liew tewas 16-21, 16-21 kepada Suppanyu Avihingsanon.
Jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek berkata, kekalahan kepada Thailand itu sesuatu yang cukup tidak disangka.
"Saya rasa sedih kerana kita tewas pada peringkat suku akhir. Sepatutnya kita tak boleh tewas kepada Thailand.
"Segalanya bermula apabila Chong Wei tewas. Kita mula risau Hafiz tidak mampu untuk menghasilkan satu mata tetapi Hafiz berjaya bangkit dan mencatat kemenangan.
"Tetapi saya harus akui beregu kedua kita tampak begitu tertekan dan tidak dapat beraksi dengan selesa apabila diasak. Begitu juga dengan Darren pada perlawanan penentuan," kata Misbun ketika ditemui selepas perlawanan.
Ditanya kenapa Chong Wei tewas kepada Boonsak sedangkan sudah lebih dua tahun dia tidak tewas kepada jaguh Thailand itu, Misbun berkata, pemain No. 1 dunia itu sedang dalam proses pemulihan selepas demam.
"Memang Chong Wei tampak tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya tetapi dia tetap perlu diturunkan kerana kita perlukan satu mata daripada beliau," jelas Misbun.
Sementara itu, barisan wanita negara turut gagal mara ke separuh akhir acara berpasukan apabila tewas mudah 0-3 kepada Korea Selatan.

sumber: kosmo
Read More | ulasan

KONTROVERSI | MALAYSIA TEWAS 3-0 DI SUKAN ASIA Guangzhou

MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.
Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.
Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.
Read More | ulasan

MSN jadi penyelamat Noraseela

MASIH ada peluang buat jaguh acara 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Khalid untuk beraksi pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China bulan ini.
Atas inisiatif Majlis Sukan Negara (MSN), nama Noraseela telah didaftarkan pada Mesyuarat DRM (Delegation Registration Meeting) di Guangzhou meskipun ketika Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) masih belum membuat pendaftaran bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Read More | ulasan

Kontinjen pertama ke Guangzhou

SERAMAI 48 pemain serta pegawai skuad bola sepak dan perahu layar negara, menjadi kontin- jen pertama Malaysia berlepas ke Guangzhou, China semalam bagi menggalas cabaran pada temasya Sukan Asia yang dijadualkan bermula secara rasminya pada 12 hingga 27 November ini.
Ketua jurulatih bola sepak negara K. Rajagobal dan dua pemain, K. Gurusamy dan S. Chanturu terpaksa mengorbankan sambutan Deepavali demi melaksanakan amanah negara itu.
Mereka berpendapat walaupun terpaksa meraikan Deepavali di perantauan, namun ia bukan penghalang melakukan yang terbaik pada temasya kali ini.
Bagi Gurusamy dan Chanturu, ini bukanlah kali pertama mereka menyambut Deepavali di luar negara kerana pernah berbuat demi- kian semasa mengikuti Skuad Harimau Muda berlatih di Slovakia tahun lepas.
Read More | ulasan

Sukan Asia 2010 di Guangzhou | 9 pingat emas jadi sasaran Negara

Photo credit to kosmo
MESKIPUN hanya sembilan pingat emas yang disasarkan, namun keyakinan untuk melakukan kejutan pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China tetap cerah.
Itu kesimpulan terhadap komen Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengenai prospek negara mengulangi kejutan seperti mana yang dilakarkan pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi baru-baru ini.
Menurut Zolkples, biarpun cabaran dalam Sukan Asia lebih tinggi berbanding temasya Komanwel, namun beliau yakin, selagi atlet yang diramalkan memenangi emas berjaya menepati sasaran tersebut, Malaysia ada kemampuan membawa pulang lebih daripada jumlah yang disasarkan.
Read More | ulasan

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

Followers

Blog Stats


Internet Marketing
Submit website
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
My Ping in TotalPing.com
HTML hit counter - Quick-counter.net
asp hit counter
hidden hit counter


Blog Archive

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website