RIO DE JANEIRO - Bekas penyerang Brazil, Ronaldo akhirnya mengumumkan  persaraan daripada arena bola sepak semalam.
Pemenang anugerah pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali yang sudah  berusia 34 tahun itu masih mempunyai kontrak bersama Corinthians  sehingga akhir tahun ini.
Begitupun, Ronaldo memilih untuk bersara awal setelah pasukan itu  tersingkir mengejut pada saingan Piala Libertadores selain didesak para  penyokong kelab itu.
Menurut Ronaldo, masalah kecederaan berulang menjadi faktor utama dia  membuat keputusan itu.
"Saya tidak mampu menahannya lagi. Saya cuba meneruskannya tetapi  mendapati saya tidak mampu lagi.
"Saya cuba melakukan gerakan berkesan ketika perlawanan tetapi apa  yang mahu saya lakukan tidak dapat dibuat. Jadi masanya sudah tiba,"  kata Ronaldo.
Sepanjang kariernya, Ronaldo telah menjaringkan lebih 400 gol  termasuk rekod 15 gol pada pusingan akhir Piala Dunia.
Ronaldo hanya menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan langsung  ketika Brazil menjuarai Piala Dunia 1994 tetapi muncul penjaring  terbanyak ketika Brazil menjuarai kejohanan itu pada 2002.
Ronaldo dijangka akan kekal di Corinthians dengan peranan baru di  bidang pentadbiran kelab itu.
Antara kelab yang pernah diwakili Ronaldo ialah Cruzeiro, PSV  Eindhoven, AC Milan, Inter Milan, Barcelona, Real Madrid dan Paulista. -  Reuters
sumber Kosmo 
Home »
Bekas permain Brazil
 , 
Bolasepak Dunia
 , 
Ronaldo bersara
 , 
Sukan Luar Negara
 » Bekas Penyerang Brazil Ronaldo unmumkan Persaraannya.
Bekas Penyerang Brazil Ronaldo unmumkan Persaraannya.
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment