BEKAS penyerang Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali berlepas ke Jakarta,  Indonesia pagi semalam untuk memulakan kariernya sebagai pemain import  kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya.
Menurut Safee, 27, dia sudah bersedia sepenuhnya dari segi fizikal  dan mental bagi mengharungi cabaran baru beraksi di liga luar setelah  lapan musim beraksi di Liga Malaysia sejak 2003.
Selain cabaran hebat dalam saingan ISL, Safee turut perlu menghadapi  cabaran di luar padang iaitu media Indonesia yang seringkali dianggap  cukup ekstrem.
“Saya sudah bersedia. Sebab itulah saya memilih Zakaria Ab. Rahim  sebagai pengurus peribadi untuk beliau membantu saya dalam menghadapi  media di sana (Indonesia).
“Saya juga cuba elakkan keluarga saya menjadi tumpuan.
“Tapi jika mereka tetap ekstrem berhubung perkara itu, saya perlu  menyiapkan diri untuk menghadapinya,” kata Safee ketika ditemui di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi semalam.
Turut mengiringi pemergian Safee ke Jakarta ialah bapanya, Mohd. Sali  Mian, ibunya, Maripah Hussain, isterinya, Sabarina Yusof, dua anaknya,  Nur Syaza Syaqina dan Nur Syasya Sofirna serta Zakaria.
Safee yang bakal turun beraksi untuk perlawanan pertama pusingan  kedua ISL menentang Persib Bandung pada 7 Mac depan berkata, dia akan  berusaha keras bagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama Pelita Jaya.
“Pelita Jaya membariskan ramai pemain muda kerana konsep kelab ini  lebih kepada pembangunan. Jadi, kehadiran saya ini dianggap sebagai  ikon.
“Selain menyasarkan nisbah satu gol setiap perlawanan, saya juga  berharap dapat membantu Pelita Jaya memperbaiki kedudukan dalam liga,”  jelasnya.
Pelita Jaya kini menghuni tangga tercorot di kalangan 15 pasukan yang  beraksi di ISL selepas tamat saingan pusingan pertama.
Safee mengikat kontrak selama setahun sehingga 31 Januari 2012  bersama Pelita Jaya.
sumber Kosmo 
Safee Berlepas Ke Jakarta
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment