MADRID, Sepanyol: Dua gol daripada penyerang veteran, Diego Forlan  memastikan Atletico Madrid memulakan kempen baru Liga Primera Sepanyol  dengan kemenangan 4-0 ke atas Sporting Gijon, Isnin lepas.Forlan,  yang dinamakan pemain terbaik pada Piala Dunia 2010 apabila  menjaringkan lima gol ketika Uruguay melangkah ke peringkat separuh  akhir, menjaringkan gol pada minit ke-40 dan 64, untuk menambah gol  pembukaan Jose Jurado seawall minit ke-11.
Kemenangan itu hadir selepas Atletico menjuarai perlawanan pembuka  tirai kejohanan Eropah, Piala Super Eropah dengan menewaskan pemenang  Liga Juara-Juara musim lepas, Inter Milan pada hari Jumaat.
Jurado membuka jaringan awal untuk membuktikan bahawa pasukannya  tidak mengalami keletihan selepas menewaskan Inter, hasil satu tendangan  sudut Jose Antonio Reyes. Forlan menambah jaringan sebelum rehat dengan  rembatan jarak dekat selepas menerima umpanan Sergio Aguero.
Bekas penyerang Manchester United dan Villarreal itu menjaringkan gol  kedua peribadi dan ketiga perlawanan apabila menyempurnakan umpanan  Tomas Ujfalusi.
Atletico berpeluang menambah beberapa gol lagi tetapi gagal  menyempurnakan peluang mereka sehinggalah Simao melengkapkan jaringan  dalam masa tambahan setelah menerima umpanan cantik daripada Reyes. —  AFP
sumber: borneopost 
Forlan inspirasi Atletico Madrid
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment