KUCHING: Pencapaian cemerlang skuad taekwondo Sarawak apabila meraih dua  pingat gangsa pada kejohanan taekwondo terbuka antarabangsa di Vietnam,  Julai lalu ternyata menjadi kebanggaan skuad terbabit tahun ini.
Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), Mohd Salleh Sani  berkata kejayaan atlet taekwondo kita pada kejohanan antarabangsa itu  merupakan pencapaian terbaik skuad taekwondo negeri tahun ini.
Dua pingat gangsa kontinjen negara disumbangkan oleh Marlisa Tee Zulariffin dan Phung Jin Wen.
“Kita bangga dengan pencapaian atlet taekwondo Sarawak apabila  merangkul dua pingat gangsa pada kejohanan taekwondo antarabangsa di  Vietnam pada bulan Julai lalu,” katanya pada majlis kunjungan Hari Raya  Aidilfitri bersama-sama anggota WTF Sarawak di sini, baru-baru ini.
Ahli-ahli Jawatankuasa WTF Sarawak diketuai Mohd Salleh telah  melakukan kunjungan Hari Raya Aidilfitri kepada penaung persatuan  terbabit iaitu Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Datuk  Amar Adenan Satem di kediamannya, Jalan Pantai Damai Santubong.
Turut dikunjungi oleh rombongan persatuan itu ialah Penasihat WTF  Sarawak yang juga bekas menteri muda negeri, Datuk Hamden Ahmad.
Hadir sama Timbalan Presiden Datuk Lau Kueng Chai, Naib Presiden I  Then Yit Fui, Naib Presiden II Huong Tuong Kuong, Pengerusi Teknikal WTF  Sarawak Tan Check Joon dan ahli jawatankuasa, Wang Teck Zen.
Dalam kunjungan itu, Mohd Salleh serta rombongan juga menerangkan  secara ringkas pencapaian persatuan terbabit dan aktiviti-aktiviti yang  telah dan akan dijalankan sepanjang tahun ini.
WTF Sarawak yang kini berwajah baru dikemudikan oleh barisan exconya  yang diterajui Mohd Salleh selaku presiden, merancang pelbagai aktiviti  untuk meningkatkan kemahiran serta melahirkan atlet-atlet berwibawa.
Menurut Mohd Salleh, kira-kira 20 kelab taekwondo dari pelbagai  bahagian seluruh negeri ini telah didaftar dan diluluskan di bawah WTF  Sarawak.
“Kita akan melatih dan melahirkan ahli-ahli taekwondo yang berpotensi  untuk bersaing dalam kejohanan-kejohanan berprestij seperti Sukan  Malaysia (Sukma) dan kebangsaan termasuk sukan bertaraf antarabangsa  iaitu Sukan SEA dan Sukan Asia.
“Kita memberi peluang kepada para atlet taekwondo untuk menyertai  kejohanan-kejohanan kebangsaan selain mewakili negara pada kejohanan  antarabangsa seperti Sukan Olimpik,” katanya.
sumber: borneo post 
Atlet taekwondo Sarawak menyerlah di Vietnam
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment