SEKURANG-kurangnya 22 pemain profe- sional tempatan layak beraksi  pada Kejohanan Golf Terbuka Iskandar Johor yang dijadualkan berlangsung  di Horizon Hills Golf & Country Club pada 14 hingga 17 Oktober ini. 
Pemain profesional No. 1 negara, Danny Chia dijangka mengetuai  cabaran Malay- sia ke kejohanan yang dianggap antara terbesar dalam  Jelajah Asia itu.
Danny layak berbekalkan ranking selaku pemain terbaik ke-29 dalam  Order of Merit (OOM) Jelajah Asia tahun lalu. 
Untuk rekod, 65 pemain terbaik dalam senarai OOM tahun lalu layak  secara auto- matik ke kejohanan ini. 
Bagi Danny, 38, dia melakar sejarah apa- bila menjadi pemain  profesional lelaki pertama negara melepasi cut ke kejohanan utama  apabila menyudahkan penampilan di Terbuka Britain, Julai lalu dengan  catatan dua atas par 290.
Ini membolehkannya mengatasi pemain-pemain ternama seperti bintang  Piala Ryder England, Ian Poulter, kapten pasukan Piala Ryder Eropah,  Colin Montgomerie dari Scotland dan bekas juara Masters, Zach Johnson.
Berikutan persembahan cemerlang itu, Danny berharap dapat melakukan  yang ter- baik pada Terbuka Iskandar yang akan ber- mula dalam masa dua  minggu lagi.
“Saya berharap dapat menampilkan permainan hebat di hadapan penonton  sendiri, lagi pun rekod saya agak baik di Johor.
“Saya sudah tidak sabar untuk bermain di lapangan Horizon Hills,”  ujar Danny yang mencatat tempat kesembilan pada edisi 2008 lalu. 
Selain Danny, dua lagi pemain tempa- tan yang layak secara automatik  ialah Iain Steel dan Shaaban Hussin berdasarkan ranking mereka dalam  Jelajah Asia 2009.
Selain mereka, pemain tempatan yang di- jangka dapat memberi cabaran  adalah juara Worldwide Selangor Masters 2008, Ben Leong, juara Terbuka  Pakistan 2007, Airil Rizman Zahari dan peneraju ranking Jela- jah  Pembangunan Asia dan OOM Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia  (PGAM), S. Sivachandran dan M. Sasidaran. 
Sementara itu, 10 tempat turut diberi- kan kepada pemain tempatan  terbaik berdasarkan OOM PGAM. 
“Kami berbangga kerana sekurang-kurangnya 22 pemain professional  tempatan telah layak untuk beraksi pada kejohanan kali ini.
“Ini menunjukkan jika diberi peluang, pemain-pemain tempatan  mempunyai kualiti untuk memberi cabaran kepada pemain- pemain  antarabangsa.
“Sebagai penaja utama, IRDA berbangga untuk memainkan peranan dalam  menyokong pembangunan sukan golf di negara ini,” ujar Ketua Eksekutif  Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim.
Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan Kelab Golf Horizon Hills  menyedia- kan pakej berpatutan untuk pemain- pemain profesional tempatan  yang ingin berlatih di lapangan berkenaan sebagai perse- diaan  menghadapi kejohanan kali ini.
Untuk pemain-pemain profesional yang layak, mereka hanya perlu  membayar sebanyak RM60.75 untuk buggy dan kedi. Tawaran itu hanya untuk  hari biasa sahaja.
Sebelum ini Horizon Hills memang memberi keistimewaan kepada  mana-mana pemain profesional untuk bermain pada hari biasa dengan kadar  RM100 termasuk buggy dan kedi.
sumber: kosmo 
Danny ketuai cabaran negara
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment