LONDON, England – Chelsea mengekalkan rekod kemenangan besar pada kempen Liga Perdana England musim ini.
Pada aksi awal pagi tadi, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu  membelasah Blackpool 4-0 untuk memenangi kesemua lima perlawanan pertama  dengan 21 jaringan dan hanya bolos satu gol.
Kesemua gol skuad The Blues diperoleh pada babak pertama menerusi  Florent Malouda yang meledakkan dua gol  pada minit kedua dan 41.
Salomon Kalou serta Didier Drogba turut meletakkan nama mereka selaku  penjaring apabila menambah gol Chelsea masing-masing pada minit ke 12  dan 30.
Kemenangan itu turut membantu Chelsea mengukuhkan kedudukan di tangga  teratas liga dengan 15 mata, empat mata di depan Arsenal dan Manchester  United.
Pada pertemuan lain semalam, Manchester City turut mencatat  kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic hasil jaringan penyerang  Argentina, Carlos Tevez dan Yaya Toure.
Manakala jaringan hatrik Dimitar Berbatov membantu United menang 3-2 ke atas Liverpool.
Dua gol menerusi tandukan pada minit ke-42 dan 84 dan satu gol  menerusi sepakan gunting yang cantik pada minit ke-59 sudah cukup  menyekat kebangkitan Liverpool yang memperoleh gol menerusi Steven  Gerrard pada minit ke-64 dan 70. – AFP
sumber: kosmo 
Chelsea kukuhkan kedudukan
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment