PENGARAH Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong  memberitahu, pihaknya akan melangsaikan tunggakan tuntutan  persatuan-persatuan sukan sebelum hujung tahun ini.
Beliau berkata, MSN akan menjelaskan secara beransur-ansur  berdasarkan peruntukan yang diterima daripada kerajaan dan pihak penaja.
“Apabila terima peruntukan kita akan jelaskan. MSN sebenarnya  sudahpun memulakan bayaran tuntutan (kepada persatuan-persatuan sukan)  tetapi tidak sekaligus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Perhimpunan Atlet Fasa Akhir Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2010 di Hotel  Palm Garden di Putrajaya semalam.
Zolkples mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kegagalan  MSN untuk menjelaskan tunggakan tuntutan berjumlah jutaan ringgit kepada  persatuan-persatuan sukan. 
Beliau yang tidak menafikan dakwaan itu berkata, kebanyakan tuntutan  itu sedang diproses dan beliau turut menyatakan ada antara tuntutan  tidak disertakan dengan dokumen lengkap.
Katanya, persatuan-persatuan sukan harus menyedari bahawa MSN turut  bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan dan pihak penaja, dan  jumlah yang diterima itu perlu dikongsi bersama oleh semua persatuan  sukan di negara ini.
“Kita beri bantuan kepada semua persatuan terutamanya sukan-sukan  penting dan kita sentiasa berusaha untuk mendapatkan penajaan dari  semasa ke semasa,” kata Zolkples.
Meskipun MSN menanggung hutang, beliau memberi jaminan bahawa  program-program elit seperti persediaan ke Sukan Olimpik Road To London  2012 tidak terjejas.
sumber: kosmo 
Home »
Majlis Sukan Negara(MSN)
 » MSN janji akan langsai hutang
MSN janji akan langsai hutang
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment