MASIH ada peluang buat jaguh acara 400 meter lari berpagar wanita  negara, Noraseela Khalid untuk beraksi pada temasya Sukan Asia di  Guangzhou, China bulan ini.
Atas inisiatif Majlis Sukan Negara (MSN), nama Noraseela telah  didaftarkan pada Mesyuarat DRM (Delegation Registration Meeting) di  Guangzhou meskipun ketika Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) masih  belum membuat pendaftaran bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Menurut Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Zolkples Embong, pegawai MSN  yang berada di Guangzhou telah mengambil tindakan awal dengan  menyenaraikan nama Noraseela selepas Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan  Kassim menghubungi Zolkples agar menampung perbelanjaan Noraseela yang  bakal beraksi atas tiket kategori B.
"Memang pada asalnya nama Noraseela tidak ada dalam senarai," kata  Zolkples yang juga Ketua Pengarah MSN, kepada Kosmo!, semalam.
"Begitupun, atas arahan saya dan inisiatif pegawai MSN di Guangzhou,  kami telah mendaftarkan nama Noraseela.
"Ini merupakan tindakan awal selepas Presiden KOAM menghubungi saya  pada 1 November lalu untuk meminta MSN membantu menanggung perbelanjaan  Noraseela yang beraksi dalam kategori B.
"Saya sudah jelaskan bahawa KOAM harus mendaftarkan nama Noraseela  kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terlebih dahulu.
"Namun seperti yang saya jangka, mereka tidak melakukan apa-apa  tindakan dan mujurlah pegawai saya telah mengambil tindakan awal dengan  mendaftarkan nama Noraseela di Guangzhou."
Begitupun, Zolkples mengakui, nasib Noraseela masih terumbang ambing  kerana walau bagaimanapun, KOAM harus tetap mendaftarkan nama Noraseela  kepada MOM.
Menurut Zolkples, pihaknya boleh mendaftarkan nama Noraseela di  Guangzhou sebagai langkah awal tetapi bekas pemenang pingat gangsa Sukan  Asia 2006 di Doha, Qatar itu perlu didaftarkan dengan MOM.
"Kami boleh mendaftarkan nama Noraseela di Guangzhou tetapi KOAM  perlu mendaftarkan nama atlet ini kepada MOM," jelas Zolkples lagi.
"Jika KOAM tidak mahu mendaftar, mungkin kami terpaksa membatalkan  nama Noraseela.
"Kami telah mengambil tindakan awal dan kini, terserah kepada KOAM  sendiri sama ada ingin melihat Noraseela beraksi di Guangzhou ataupun  tidak."
Zolkples menambah, Shahidan mengakui telah memberi arahan kepada  pegawainya untuk mendaftarkan nama Noraseela kepada MOM.
"Semalam (kelmarin), Presiden KOAM mengakui telah mengarahkan  pegawainya untuk mendaftarkan nama Noraseela tetapi saya tidak yakin  pegawainya itu akan mematuhi arahan Presiden," tambah Zolkples.
"Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat ini."
Sementara itu, Zolkples mengakui atlet lontar peluru negara, Tan Soon  Hua sah tidak akan beraksi pada temasya yang akan diadakan pada 12  hingga 27 November ini.
"Kami mendaftarkan nama Noraseela selepas Shahidan sendiri yang  menghubungi saya tetapi dia tidak menyebut untuk menghantar Soon Hua,"  tambah Zolkples.
"Saya hanya mampu bersimpati kepada dia kerana sudah terlepas peluang  untuk beraksi di Guangzhou."
sumber: kosmo 
Home »
Noraseela jaguh 400 meter negara
 , 
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
 » MSN jadi penyelamat Noraseela
MSN jadi penyelamat Noraseela
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment