MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi  dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe,  Guangzhou malam tadi.
Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan  tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.
Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan  Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut  dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak  diberi sebarang kad.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan  keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan  hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.
"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini.  Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap  pengadil.
"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami  terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada  10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan  semalam.
Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa  sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib  sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.
Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad  kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan  sepakan penalti.
"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain.  Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan  pemain," jelasnya. 
Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas  sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma  Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan  penalti pada minit ke-82.
Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu:  "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah.  Kemudian saya diberi kad kuning.
"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus  keluarkan pula kad merah," katanya.
Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku  empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B,  Iran petang esok.
sumber: kosmo 
Home »
Kontroversi sukan Asia
 , 
Malaysia kalah 3-0
 , 
Salah pengadil
 , 
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
 » KONTROVERSI | MALAYSIA TEWAS 3-0 DI SUKAN ASIA Guangzhou
KONTROVERSI | MALAYSIA TEWAS 3-0 DI SUKAN ASIA Guangzhou
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment