GUANGZHOU, 25 Nov (Bernama) -- Tekanan yang dirasai oleh ketua kontinjen  Malaysia, Datuk Zolkples Embong sepanjang temasya Sukan Asia ke-16 di  sini akhirnya terlerai apabila sasaran sembilan pingat emas telah  tercapai.
Malaysia menepati sasaran tersebut menerusi skuad skuasy wanita yang  dianggotai oleh Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Dalia Arnold dan  Sharon Wee dalam acara berpasukan.
Zolkples berkata hatinya mula geliasah apabila terpaksa menunggu lama  untuk kontinjen negara mencapai sasaran tersebut.
"Saya sudah seperti tidak tentu arah sejak beberapa hari lepas.  Walaupun hari ini kita ada banyak acara akhir tetapi perlawanan akhir  skuasy wanita adalah yang paling penting.
"Kalau tidak menang ini (skuasy berpasukan wanita), kita mungkin sukar  untuk dapat pingat emas kesembilan. Itu yang amat merisaukan saya,"  katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir itu di  Gimnasium Bandar Sukan Asia, di sini pada Khamis.
Zolkples, yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN),  mengucapkan terima kasih kepada semua atlet dan pegawai atas komitmen  mereka dalam membantu negara mencapai sasaran.
Sukan skuasy setakat ini menyumbang tiga butir emas manakala acara  boling dan karate masing-masing menghadiahkan dua pingat emas serta  sebutir emas dari sukan wushu dan berbasikal.
sumber: Bernama
Home »
Keputusan Terkini Sukan Asia 2010 di Guangzhou
 , 
Sasaran Malaysia sudah tercapai
 , 
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
 » SASARAN MALAYSIA UNTUK  9 PINGAT EMAS MENJADI KENYATAAN
SASARAN MALAYSIA UNTUK 9 PINGAT EMAS MENJADI KENYATAAN
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment