SUKAN Asia 2010 di Guangzhou, China seakan-akan membawa tuah buat  kepada atlet karate negara, Ku Jin Keat.
Semalam, Jin Keat berjaya menebus kekecewaannya dalam dua temasya  Sukan Asia sebelum ini apabila merangkul pingat emas acara Kata  individu lelaki.
Dalam acara karate yang berlangsung di Gimnasium Guangdong, Guangzhou  itu, Jin Keat berjaya meraih emas ketujuh buat kontinjen Malaysia  setelah mencipta kejutan menewaskan Oki Itaru dari Jepun 3-2 pada aksi  final.
"Saya cukup puas hati hari ini (semalam). Setelah menang pingat  gangsa di Busan pada 2002 dan pingat perak di Doha pada 2006, pingat  emas kali ini cukup bermakna.
"Saya sebenarnya cukup tertekan kerana ini merupakan Sukan Asia  terakhir saya. Umur saya sudah 35 tahun dan saya akan bersara selepas  ini," katanya selepas upacara penyampaian pingat semalam.
Pada pusingan pertama, Jin Keat menewaskan Chris Cheng dari Hong Kong  (5-0) sebelum menundukkan atlet Kyrgyzstan, Dmitrii Kazanov (5-0) di  suku akhir.
Pada aksi separuh akhir, Jin Keat mengetepikan cabaran Faizal  Zainuddin dari Indonesia (4-1).
"Saingan daripada atlet Jepun tetap hebat kerana mereka cukup  berpengalaman dalam sukan karate. Itaru yang saya tewaskan tadi  (semalam) juga merupakan finalis acara Kata berpasukan di Doha.
"Apa pun, kunci kejayaan saya pada final tadi (semalam) ialah  kesabaran," tambah Jin Keat.
Dalam acara Kata individu wanita yang turut berlangsung pagi  semalam, wakil negara, Lim Lee Lee berjaya meraih pingat gangsa setelah  menewaskan Dewi Yulianti 5-0.
"Saya cukup gembira dengan persembahan saya hari ini (semalam). Saya  telah buat persiapan untuk Sukan Asia ini sejak empat tahun lalu. 
"Saya puas dengan pingat gangsa yang dimenangi ini," ujar Lee Lee.
sumber: kosmo 
Home »
Atlet Malaysia dapat Emas.
 , 
Sukan Asia
 , 
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
 , 
Tuah Jin Keat
 » Tuah Jin Keat jelma di bumi Guangzhou
Tuah Jin Keat jelma di bumi Guangzhou
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment