Showing posts with label Sukan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Sukan Malaysia. Show all posts

Bekas Pemain Skuad Bola Sepak Selangor, Razali Alias Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bekas pemain skuad bola sepak Selangor Razali Alias, meninggal dunia Jumaat di Hospital Selayang akibat hati gagal berfungsi.

Allahyarham berusia 51 tahun.


Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Seksyen 9, Puncak Alam dan akan dikebumikan pada pukul 11 malam ini di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam, Shah Alam.


Anaknya Mohd Raqib, 26, ketika menghubungi Bernama berkata urusan pengkebumian itu harus disegerakan dan bukannya pada pagi esok seperti yang dimaklumkan.


Mohd Raqib berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.25 petang setelah seminggu lebih dimasukkan ke hospital.


"Doktor mengesahkan hati ayah tidak berfungsi dengan baik dan merebak ke buah pinggang serta paru-paru," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.


Razali dikesan menghidap hepatitis B sejak 2008. Selepas mendapatkan rawatan, allahyarham kembali sihat namun sejak Oktober lalu penyakit itu kembali menyerang.


Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosnah Mohd Tahir dan lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan.


Sepanjang kariernya bersama Selangor, Razali pernah membantu pasukannya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986.


Razali juga pernah menjadi jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2009 dan menjadi penolong jurulatih Selangor FA untuk musim 2006-2007.


-- BERNAMA
Read More | ulasan

Pandelela atlet terbaik SAM

PETALING JAYA: Bintang terjun negara kelahiran Sarawak, Pandelela Rinong Pamg diumumkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus.
Beliau mengenepikan saingan beberapa atlet tersohor negara seperti Datuk Nicol Ann David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal) dan Nur Suryani Taibi (menembak), yang turut disenaraikan bagi memenangi anugerah itu.
Beliau membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Read More | ulasan

Piala Malaysia | Negeri Sembilan tewas

KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun lalu.
Kejayaan itu dicatat selepas menang tipis 2-1 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi final edisi ke-84 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Disaksikan kira-kira 75,000 penonton kedua-dua pasukan, Kelantan menamatkan penantian untuk menjadi pasukan ke-14 berjaya menjuarai kejohanan berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 1921 itu.
Selepas tiga kali gagal di pentas final iaitu pada tahun 1955, 1970 dan 2009, kejayaan itu turut dianggap hadiah paling istimewa buat Sultan Muhammed Ke-V yang baru saja ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu.
Read More | ulasan

Pecut Negara | Zubaidah, Sarah jadi pilihan

SITI Zubaidah Adabi (gambar) dan Siti Sarah Abdul Kadir menjadi sandaran negara dalam acara pecut pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bulan depan.
Ketika mengesahkan perkara tersebut semalam, ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman menjelaskan, pemilihan kedua-dua atlet itu adalah berdasarkan prestasi semasa mereka ketika ini.
"Sebenarnya perkara ini telah diputuskan beberapa bulan lepas dan ketika ini hanya Zubaidah dan Sarah sahaja yang memiliki catatan peribadi terbaik jika dibandingkan dengan atlet yang lain.
"Begitupun, saya tetap memantau prestasi semasa kedua- dua atlet tersebut dan sekiranya mereka gagal mencapai tahap seperti apa yang dinginkan, tidak mustahil saya akan menggantikan mereka dengan atlet lain.
Read More | ulasan

Laluan Sukar Buat Malaysia

PELUANG Malaysia untuk meraih kejuaraan dunia pertama dalam sejarah badminton tampak sukar apabila undian yang dilakukan semalam tidak memihak kepada pemain-pemain negara.
Lebih malang apabila pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa berdepan rakan senegara, Muhammad Hafiz Hashim seawal pusingan kedua sekiranya masing-masing melepasi halangan pertama.
Malah jika salah seorang berjaya mara, berada dalam laluan seterusnya adalah sama ada Jan Jorgensen (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia), Kenichi Tago (Jepun) atau paling digeruni, Lin Dan (China) sebelum boleh mara ke perlawanan akhir.
Manakala dalam satu lagi kumpulan undian bagi Kejohanan Dunia 2010 itu yang dianggap agak mudah menyaksikan Peter Gade (Denmark), Chen Jin (China) dan Sony Dwi Kuncoro menjadi pilihan untuk mara ke final.
Read More | ulasan

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

Followers

Blog Stats


Internet Marketing
Submit website
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
My Ping in TotalPing.com
HTML hit counter - Quick-counter.net
asp hit counter
hidden hit counter


Blog Archive

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website