Home » , , , » Lee Chong Wei mudah lepasi halangan

Lee Chong Wei mudah lepasi halangan

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen mempertahankan kejuaraan badminton Terbuka Macau dengan menang mudah ke atas pemain tuan rumah, Chan lo Chong semalam.
Pemain No. 1 dunia itu hanya memerlukan 19 minit untuk membenam cabaran Io Chong 21-9, 21-10, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pilihan utama pada kejohanan Grand Prix Emas bernilai AS$120,000 (RM383,000) itu.
Chong Wei, yang turut muncul naib juara Terbuka Macau dua kali pada 2008 dan 2006 kini akan menentang pemenang di antara rakan senegara dan juara Terbuka Kedah, Chan Kwong Beng atau pemain Taiwan, Hao Hsu Jen.
Pemain berusia 27 tahun itu memburu kejuaraan keenamnya tahun ini selepas muncul juara dalam empat kejohanan Siri Super - All England, Terbuka Korea, Terbuka Malaysia dan Terbuka Indonesia, selain gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, dua minggu lalu.
Biarpun Malaysia turut menghantar lima lagi pemain perseorangan lelaki - Wong Choong Hann, Tan Chun Seang, Liew Daren, Mohd. Arif Abdul Latif dan Beryno Wong, namun jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro menjadi pilihan untuk bertemu Chong Wei di final, Ahad ini.
Sementara itu cubaan kedua kombinasi baru beregu campuran, Tan Bin Shen-Ng Hui Ern untuk melangkah ke undian utama kejohanan Grand Prix Emas tidak kesampaian apabila tunduk 21-19, 19-21, 19-21 di tangan pasangan Taiwan, Pin Lu Chia-Han Hung Shih di pusingan kelayakan.
Malaysia turut membariskan tujuh beregu lelaki diketuai Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen, Goh Wei Shem-Teo Kok Siang, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Lim Kim Wah, namun semuanya hanya memulakan kempen hari ini.
Cabaran perseorangan wanita pula diketuai Wong Mew Choo dan Lydia Cheah, yang turut turun ke gelanggang hari ini manakala pasangan muda paling menyinar, Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengetuai saingan beregu wanita bersama Ng Hui Ern-Ng Hui Lin, selain pasangan senior, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

sumber: utusan malaysia online
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website