Home » , » 18 negara sah bersaing

18 negara sah bersaing

Kelayakan akhir junior ITF Asia/Oceania berlangsung 28 Apr-13 Mei

KUCHING: Sebanyak 18 buah negara mengesahkan penyertaan pada kelayakan akhir Kejohanan Tenis Junior Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Bawah 14 Tahun Asia/Oceania 2012 yang akan berlangsung dari 28 April hingga 13 Mei ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis Sarawak (SLTA) dan disokong oleh ITF dan Persatuan Tenis Malaysia (LTAM), akan dilangsungkan di Pusat Tenis SLTA.

Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew berkata, pertandingan tersebut akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan.

Kategori lelaki akan dilangsungkan pada 28 April hingga 6 Mei, manakala kategori perempuan pada 5 Mei hingga 13 Mei ini.

“SLTA diberi kepercayaan buat kali ketiga pada tahun ini untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia.

“Setiap pasukan akan diberi geran sebanyak RM4,295 (AS$1,400) yang berjumlah RM150,000 untuk keseluruhan pasukan yang bertanding,” beliau berkata pada sidang media untuk mengumumkan senarai peserta di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Patrick, setiap pasukan perlu menghantar dua pemain perseorangan dan satu pasukan beregu bagi setiap kategori.

Negara-negara yang akan mengambil bahagian terdiri daripada Malaysia, Australia, China, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Japan, Kazakhstan, Korea, New Zealand, Filipina, Syria, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Uzbekistan.

Empat peserta terbaik dalam setiap kategori layak untuk bertanding pada pertandingan akhir yang akan dilangsungkan di Republik Czech dari 13 hingga 18 Ogos nanti.

Juara bertahan bagi ketegori lelaki ialah Korea dan kategori perempuan diungguli Serbia.

Kejohanan ini diadakan bagi membantu para pemain memperolehi mata bagi memperkukuhkan kedudukan mereka dalam ranking dunia ITF dan ia akan dijalankan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh persekutuan tersebut.

src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website