Home » , » Safee selamat

Safee selamat

Setiausaha Agung AFC sahkan kemelut liga hanya babitkan AFC, FIFA, ISSI

TIADA sebarang larangan buat penyerang sensasi negara, Safee Sali untuk terus menyarung jersi skuad kebangsaan manakala Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai kelabnya, Pelita Jaya, juga belum diharamkan.
Itu penjelasan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay berhubung keraguan banyak pihak mengenai status Safee, 28, yang dikatakan dikenakan larangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC kerana beraksi di liga haram.
Namun Safee masih ‘berisiko besar’ dikenakan penggantungan seandainya Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) gagal mengadakan kongres untuk menyelesaikan segala kekusutan mereka pada tarikh akhir ditetapkan FIFA dan AFC iaitu 22 Mac depan.



“Isu ini hanya membabitkan AFC, FIFA dan PSSI, bukannya pemain. Memang kami tahu ada dua liga di Indonesia berjalan serentak iaitu ISL dan IPL (Liga Prima Indonesia) tetapi keutamaan kami ialah supaya PSSI dapat menyelesaikannya pada kongres mereka, 18 Mac depan.

“PSSI kena pastikan semua kelab gabungan mereka beraksi di bawah satu liga yang diiktiraf. Jika gagal, barulah hal ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIFA dan PSSI boleh digantung manakala nasib pemain bergantung kepada keputusan FIFA,” kata Soosay ketika ditemui, semalam.

Secara logiknya, kedudukan Safee dijangka selamat kerana PSSI perlu menyelesaikan segala kekusutan mereka pada kongres 18 Mac depan jika tidak mahu seluruh aktiviti bola sepak di republik itu digantung FIFA.
Diminta mengulas laporan portal berita Indonesia, Republika.co.id yang memetiknya dia ada meminta PSSI menghantar senarai nama pemain yang beraksi di ISL termasuk Safee untuk dikenakan hukuman, Soosay bingkas menafikannya.

“Tidak. Kami tak minta apa-apa senarai nama pun kerana apa yang kami ambil perhatian ialah PSSI, bukannya pemain. Jadi buat masa ini, tiada sebarang hukuman dan tiada siapa yang digantung,” jelas Soosay.

sumber Berita Harian Online
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website