Home » , , , , , » PIALA DUNIA | BRAZIL TERSINGKIR

PIALA DUNIA | BRAZIL TERSINGKIR

PORT ELIZABETH - Brazil terpaksa menangguhkan impian untuk menjulang Piala Dunia buat kali keenam, sekurang-kurangnya sehingga edisi 2014 di bumi sendiri setelah rebah kepada Belanda 1-2 dekat Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.

Bintang AC Milan, Wesley Sneijder merupakan individu yang bertanggungjawab menunjukkan jalan pulang kepada Brazil setelah menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-67.

Terdahulu, hantaran panjangnya ke kotak penalti lawan pada minit ke-53 menjadi punca Felipe Melo tertanduk bola ke gawang sendiri untuk gol penyamaan Belanda setelah Brazil mendahului melalui gol awal Robinho pada minit ke-9.



Sneijder ketika ditemui wartawan selepas perlawanan memberitahu pasukannya mempunyai kelebihan ke atas Brazil ekoran lawan ditemui sebelum ini mengamalkan permainan terbuka, sama seperti wakil Amerika Selatan itu.

"Sejak dari perlawanan pertama di sini, kami telah bertemu dengan lawan yang mengamalkan corak permaianan terbuka dan membuka ruang untuk kami bergerak. Ia merupakan satu kelebihan.

"Beza antara Belanda dengan Brazil amat tipis. Saya fikir kami boleh menang dan mempunyai segala yang diperlukan untuk ke separuh akhir walaupun sedar akan berdepan lawan yang gagah," katanya.

Brazil bagaimanapun lebih dulu melaung amaran pada minit ke-7 apabila Robinho mudah menolak bola ke gawang tidak dikawal setelah penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg tewas dengan gerakan diatur Dani Alves.

Namun, keraian Brazil terhenti setelah penjaga garisan berjaya mengesan kedudukan ofsaid Alves sewaktu menanti bola hantaran rakan sepasukan di tengah padang.

Cuma dua minit berselang, kem Brazil kembali gamat setelah hantaran terus Melo kepada Robinho mudah disudahkan penyerang lincah itu dengan tolakan yang memperdaya Stekelenburg.

Jika tidak kerana kecemerlangan Stekelenburg melayangkan badan untuk menepis bola, Brazil mungkin memperoleh gol kedua menerusi sepakan lencong bintang tengahnya, Kaka pada minit ke-30.

Kerancakan permainan bersambung sebaik selepas rehat dan Belanda tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi gerakan Sneijder.

Hantaran panjangnya ke dalam kotak penalti lawan membawa kekeliruan kepada penjaga gol Brazil, Julio Cesar dan Felipe Melo yang bersaing sesama sendiri bagi menyelamatkan keadaan. Kekalutan itu menyaksikan Melo akhirnya tertanduk bola ke gawang sendiri untuk gol pertama Belanda.

Minit ke-67, Sneijder sekali lagi menjadi racun buat Brazil apabila menanduk masuk bola tandukan ke belakang Dirk Kuyt hasil sepakan sudut Arjen Robben untuk gol kedua Oranje.

Luka Brazil kian parah setelah Melo dilayangkan kad merah pada minit ke-73 kerana memijak paha Robben meskipun pengadil telah meniup wisel bagi menghentikan perlawanan. Keputusan tersebut sekali gus menyukarkan skuad samba untuk mencari gol penyamaan sehingga tamat perlawanan.
 sumber: Link
KEPUTUSAN LAIN
Uruguay menang 4-2 setelah sepakan penalti melawan Ghana apabila keputusan seri 1-1 setelah minit perlawanan tamat.
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website