PEMAIN badminton No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat undian mudah untuk melangkah ke separuh akhir acara badminton pada Sukan Asia ke-16 yang akan berlangsung di Guangzhou, China bulan depan.
Dalam satu majlis undian yang dijalankan di Guangzhou, Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan, mendapat bye pada pusingan pertama dan dijangka bertemu pemain Hong Kong, Chan Yan Kit pada pusingan kedua.
Chong Wei diramal menentang pilihan keenam, Boonsak Ponsana dari Thailand pada perlawa- nan suku akhir.
Sekiranya dia melepasi halangan peringkat suku akhir, Chong Wei berkemungkinan menentang pilihan ketiga, Chen Jin dari China atau Sony Dwi Kuncoro, iaitu pemain pilihan ketujuh dari Indone- sia pada separuh akhir.
Acara badminton Sukan Asia Guangzhou akan bermula pada 12 hingga 27 November depan.
Juara dunia yang juga pemain tuan rumah, Lin Dan turut mene- rima laluan selesa ke separuh akhir dan dijangka tidak menghadapi masalah berdepan pilihan keempat, Taufik Hidayat dari Indonesia atau pemain pilihan kelapan, Keni- chi Tago dari Jepun.
Sekiranya Chong Wei dan Lin Dan berjaya mengatasi lawan masing-masing, maka kedua-dua pemain itu diramal berentap untuk pingat emas iaitu pertembungan ulangan Terbuka Jepun bulan lalu yang mana pemain Malaysia itu menang 22-20, 16-21, 21-17.
Dalam acara beregu lelaki, juara bertahan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang turut mendapat undian mudah dan dijangka selesa melangkah ke suku akhir. Mereka berkemungkinan akan berdepan pilihan kelima, Guo Zhendong- Chan Xu dari China pada separuh akhir.
Beregu No. 2 dunia, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia dijangka menentang juara dunia, Cai Yun-Fu Haifeng dari China pada perlawa- nan separuh akhir dan pemenang akan berdepan dengan Kien Keat- Boon Heong pada perlawanan akhir.
Dalam acara perseorangan wanita, ratu badminton negara, Wong Mew Choo yang juga pemain pilihan kelapan, mungkin tersingkir pada peringkat suku akhir berikutan kemungkinan berdepan dengan pilihan keempat, Eriko Hirose dari Jepun.
Jika dapat menewaskan pemain Jepun itu, Mew Choo akan bertemu pemain No. 1 dunia, Wang Xin dari China di separuh akhir.
Seorang lagi pemain negara, Lydia Cheah kemungkinan pulang awal apabila dijadualkan berdepan jaguh Sukan Komanwel dan pilihan kedua, Saina Nehwal dari India pada pusi- ngan kedua. Namun begitu, apa sahaja boleh berlaku di Guangzhou.
Dua beregu wanita negara, Marylen Poauleng-Woon Khe Wei dan Vivian Hoo-Lim Yin Loo juga menghadapi laluan sukar kerana menentang lawan lebih hebat.
Pada Sukan Asia 2006 di Doha, skuad badminton negara menyumbang sebutir pingat emas dan tiga pingat perak.
Gandingan Kien Keat-Boon Heong menang pingat emas mana- kala pingat perak diraih oleh Chong Wei, acara berpasukan serta daripada beregu campuran, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Wong Pei Tty. - Bernama
sumber: kosmo
Lee Chong Wei dapat laluan mudah
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment