MASIH ada peluang buat jaguh acara 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Khalid untuk beraksi pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China bulan ini.
Atas inisiatif Majlis Sukan Negara (MSN), nama Noraseela telah didaftarkan pada Mesyuarat DRM (Delegation Registration Meeting) di Guangzhou meskipun ketika Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) masih belum membuat pendaftaran bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Menurut Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Zolkples Embong, pegawai MSN yang berada di Guangzhou telah mengambil tindakan awal dengan menyenaraikan nama Noraseela selepas Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim menghubungi Zolkples agar menampung perbelanjaan Noraseela yang bakal beraksi atas tiket kategori B.
"Memang pada asalnya nama Noraseela tidak ada dalam senarai," kata Zolkples yang juga Ketua Pengarah MSN, kepada Kosmo!, semalam.
"Begitupun, atas arahan saya dan inisiatif pegawai MSN di Guangzhou, kami telah mendaftarkan nama Noraseela.
"Ini merupakan tindakan awal selepas Presiden KOAM menghubungi saya pada 1 November lalu untuk meminta MSN membantu menanggung perbelanjaan Noraseela yang beraksi dalam kategori B.
"Saya sudah jelaskan bahawa KOAM harus mendaftarkan nama Noraseela kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terlebih dahulu.
"Namun seperti yang saya jangka, mereka tidak melakukan apa-apa tindakan dan mujurlah pegawai saya telah mengambil tindakan awal dengan mendaftarkan nama Noraseela di Guangzhou."
Begitupun, Zolkples mengakui, nasib Noraseela masih terumbang ambing kerana walau bagaimanapun, KOAM harus tetap mendaftarkan nama Noraseela kepada MOM.
Menurut Zolkples, pihaknya boleh mendaftarkan nama Noraseela di Guangzhou sebagai langkah awal tetapi bekas pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar itu perlu didaftarkan dengan MOM.
"Kami boleh mendaftarkan nama Noraseela di Guangzhou tetapi KOAM perlu mendaftarkan nama atlet ini kepada MOM," jelas Zolkples lagi.
"Jika KOAM tidak mahu mendaftar, mungkin kami terpaksa membatalkan nama Noraseela.
"Kami telah mengambil tindakan awal dan kini, terserah kepada KOAM sendiri sama ada ingin melihat Noraseela beraksi di Guangzhou ataupun tidak."
Zolkples menambah, Shahidan mengakui telah memberi arahan kepada pegawainya untuk mendaftarkan nama Noraseela kepada MOM.
"Semalam (kelmarin), Presiden KOAM mengakui telah mengarahkan pegawainya untuk mendaftarkan nama Noraseela tetapi saya tidak yakin pegawainya itu akan mematuhi arahan Presiden," tambah Zolkples.
"Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat ini."
Sementara itu, Zolkples mengakui atlet lontar peluru negara, Tan Soon Hua sah tidak akan beraksi pada temasya yang akan diadakan pada 12 hingga 27 November ini.
"Kami mendaftarkan nama Noraseela selepas Shahidan sendiri yang menghubungi saya tetapi dia tidak menyebut untuk menghantar Soon Hua," tambah Zolkples.
"Saya hanya mampu bersimpati kepada dia kerana sudah terlepas peluang untuk beraksi di Guangzhou."
sumber: kosmo
Home »
Noraseela jaguh 400 meter negara
,
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
» MSN jadi penyelamat Noraseela
MSN jadi penyelamat Noraseela
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment