Atlet taekwondo Sarawak menyerlah di Vietnam

KUCHING: Pencapaian cemerlang skuad taekwondo Sarawak apabila meraih dua pingat gangsa pada kejohanan taekwondo terbuka antarabangsa di Vietnam, Julai lalu ternyata menjadi kebanggaan skuad terbabit tahun ini.
Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), Mohd Salleh Sani berkata kejayaan atlet taekwondo kita pada kejohanan antarabangsa itu merupakan pencapaian terbaik skuad taekwondo negeri tahun ini.
Dua pingat gangsa kontinjen negara disumbangkan oleh Marlisa Tee Zulariffin dan Phung Jin Wen.
“Kita bangga dengan pencapaian atlet taekwondo Sarawak apabila merangkul dua pingat gangsa pada kejohanan taekwondo antarabangsa di Vietnam pada bulan Julai lalu,” katanya pada majlis kunjungan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama anggota WTF Sarawak di sini, baru-baru ini.
Ahli-ahli Jawatankuasa WTF Sarawak diketuai Mohd Salleh telah melakukan kunjungan Hari Raya Aidilfitri kepada penaung persatuan terbabit iaitu Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di kediamannya, Jalan Pantai Damai Santubong.
Turut dikunjungi oleh rombongan persatuan itu ialah Penasihat WTF Sarawak yang juga bekas menteri muda negeri, Datuk Hamden Ahmad.
Hadir sama Timbalan Presiden Datuk Lau Kueng Chai, Naib Presiden I Then Yit Fui, Naib Presiden II Huong Tuong Kuong, Pengerusi Teknikal WTF Sarawak Tan Check Joon dan ahli jawatankuasa, Wang Teck Zen.
Dalam kunjungan itu, Mohd Salleh serta rombongan juga menerangkan secara ringkas pencapaian persatuan terbabit dan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun ini.
WTF Sarawak yang kini berwajah baru dikemudikan oleh barisan exconya yang diterajui Mohd Salleh selaku presiden, merancang pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kemahiran serta melahirkan atlet-atlet berwibawa.
Read More | ulasan

Chelsea kukuhkan kedudukan

LONDON, England – Chelsea mengekalkan rekod kemenangan besar pada kempen Liga Perdana England musim ini.
Pada aksi awal pagi tadi, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu membelasah Blackpool 4-0 untuk memenangi kesemua lima perlawanan pertama dengan 21 jaringan dan hanya bolos satu gol.
Kesemua gol skuad The Blues diperoleh pada babak pertama menerusi Florent Malouda yang meledakkan dua gol pada minit kedua dan 41.
Salomon Kalou serta Didier Drogba turut meletakkan nama mereka selaku penjaring apabila menambah gol Chelsea masing-masing pada minit ke 12 dan 30.
Read More | ulasan

MSN janji akan langsai hutang

PENGARAH Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong memberitahu, pihaknya akan melangsaikan tunggakan tuntutan persatuan-persatuan sukan sebelum hujung tahun ini.
Beliau berkata, MSN akan menjelaskan secara beransur-ansur berdasarkan peruntukan yang diterima daripada kerajaan dan pihak penaja.
“Apabila terima peruntukan kita akan jelaskan. MSN sebenarnya sudahpun memulakan bayaran tuntutan (kepada persatuan-persatuan sukan) tetapi tidak sekaligus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Atlet Fasa Akhir Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2010 di Hotel Palm Garden di Putrajaya semalam.
Read More | ulasan

Forlan inspirasi Atletico Madrid

MADRID, Sepanyol: Dua gol daripada penyerang veteran, Diego Forlan memastikan Atletico Madrid memulakan kempen baru Liga Primera Sepanyol dengan kemenangan 4-0 ke atas Sporting Gijon, Isnin lepas.Forlan, yang dinamakan pemain terbaik pada Piala Dunia 2010 apabila menjaringkan lima gol ketika Uruguay melangkah ke peringkat separuh akhir, menjaringkan gol pada minit ke-40 dan 64, untuk menambah gol pembukaan Jose Jurado seawall minit ke-11.
Kemenangan itu hadir selepas Atletico menjuarai perlawanan pembuka tirai kejohanan Eropah, Piala Super Eropah dengan menewaskan pemenang Liga Juara-Juara musim lepas, Inter Milan pada hari Jumaat.
Jurado membuka jaringan awal untuk membuktikan bahawa pasukannya tidak mengalami keletihan selepas menewaskan Inter, hasil satu tendangan sudut Jose Antonio Reyes. Forlan menambah jaringan sebelum rehat dengan rembatan jarak dekat selepas menerima umpanan Sergio Aguero.
Bekas penyerang Manchester United dan Villarreal itu menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga perlawanan apabila menyempurnakan umpanan Tomas Ujfalusi.
Atletico berpeluang menambah beberapa gol lagi tetapi gagal menyempurnakan peluang mereka sehinggalah Simao melengkapkan jaringan dalam masa tambahan setelah menerima umpanan cantik daripada Reyes. — AFP

sumber: borneopost
Read More | ulasan

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

Followers

Blog Stats


Internet Marketing
Submit website
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
My Ping in TotalPing.com
HTML hit counter - Quick-counter.net
asp hit counter
hidden hit counter


Blog Archive

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website