Home » , , » Atlet taekwondo Sarawak menyerlah di Vietnam

Atlet taekwondo Sarawak menyerlah di Vietnam

KUCHING: Pencapaian cemerlang skuad taekwondo Sarawak apabila meraih dua pingat gangsa pada kejohanan taekwondo terbuka antarabangsa di Vietnam, Julai lalu ternyata menjadi kebanggaan skuad terbabit tahun ini.
Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), Mohd Salleh Sani berkata kejayaan atlet taekwondo kita pada kejohanan antarabangsa itu merupakan pencapaian terbaik skuad taekwondo negeri tahun ini.
Dua pingat gangsa kontinjen negara disumbangkan oleh Marlisa Tee Zulariffin dan Phung Jin Wen.
“Kita bangga dengan pencapaian atlet taekwondo Sarawak apabila merangkul dua pingat gangsa pada kejohanan taekwondo antarabangsa di Vietnam pada bulan Julai lalu,” katanya pada majlis kunjungan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama anggota WTF Sarawak di sini, baru-baru ini.
Ahli-ahli Jawatankuasa WTF Sarawak diketuai Mohd Salleh telah melakukan kunjungan Hari Raya Aidilfitri kepada penaung persatuan terbabit iaitu Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di kediamannya, Jalan Pantai Damai Santubong.
Turut dikunjungi oleh rombongan persatuan itu ialah Penasihat WTF Sarawak yang juga bekas menteri muda negeri, Datuk Hamden Ahmad.
Hadir sama Timbalan Presiden Datuk Lau Kueng Chai, Naib Presiden I Then Yit Fui, Naib Presiden II Huong Tuong Kuong, Pengerusi Teknikal WTF Sarawak Tan Check Joon dan ahli jawatankuasa, Wang Teck Zen.
Dalam kunjungan itu, Mohd Salleh serta rombongan juga menerangkan secara ringkas pencapaian persatuan terbabit dan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun ini.
WTF Sarawak yang kini berwajah baru dikemudikan oleh barisan exconya yang diterajui Mohd Salleh selaku presiden, merancang pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kemahiran serta melahirkan atlet-atlet berwibawa.

Menurut Mohd Salleh, kira-kira 20 kelab taekwondo dari pelbagai bahagian seluruh negeri ini telah didaftar dan diluluskan di bawah WTF Sarawak.
“Kita akan melatih dan melahirkan ahli-ahli taekwondo yang berpotensi untuk bersaing dalam kejohanan-kejohanan berprestij seperti Sukan Malaysia (Sukma) dan kebangsaan termasuk sukan bertaraf antarabangsa iaitu Sukan SEA dan Sukan Asia.
“Kita memberi peluang kepada para atlet taekwondo untuk menyertai kejohanan-kejohanan kebangsaan selain mewakili negara pada kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik,” katanya.

sumber: borneo post
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website