Home » , , » Penentuan dua gergasi Asia | Jepun & Korea Selatan

Penentuan dua gergasi Asia | Jepun & Korea Selatan

DOHA - Dua gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan saling hormat menghormati apabila mereka bertembung sesama sendiri pada aksi separuh akhir Piala Asia 2011 malam ini.
Bagi jurulatih Jepun, Alberto Zaccheroni, kedua-dua pasukan memiliki pemain muda berbakat dan mempunyai objektif jangka panjang yang sama.
"Untuk perlawanan separuh akhir ini, ia menemukan dua pasukan yang memiliki banyak persamaan. Konsep kami serupa iaitu peningkatan dan pembangunan dengan dibaris pemain-pemain muda.
"Jika ada perbezaan pun, Korea Selatan telah beraksi cukup baik sebelum kejohanan bermula manakala kami pula kurang baik sepanjang tempoh persiapan.

"Tapi kini kami semakin meningkat sepanjang kejohanan ini," kata pengendali dari Itali itu.
Jurulatih Korea Selatan, Cho Kwang-Rae pula berkata, gabungan tenaga muda dan corak permainan berorientasikan serangan menjamin satu perlawanan yang paling menarik sepanjang kejohanan tersebut.
"Cara kami menghadapi perlawanan ini agak sama dan kedua-dua pasukan mahu memberi fokus untuk menguasai jentera tengah dan menggerakkan serangan bermula dari kawasan tengah.
"Apabila kami melakukan serangan, ia sama seperti Jepun. Kami mencipta peluang dengan gerakan yang pantas dan saya yakin aksi separuh akhir ini pasti perlawanan yang menarik," kata Kwang-Rae.
Jepun, juara tiga kali Piala Asia memerlukan jaringan Masahiko Inoha pada minit ke-90 untuk menewaskan tuan rumah, Qatar 3-2 pada aksi suku akhir setelah dua kali ketinggalan serta terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Korea Selatan pula terpaksa menunggu sehingga penghujung babak pertama masa tambahan menerusi jaringan pemain gantian, Yoon Bit-Garam untuk menewaskan Iran 1-0. - AFP

sumber: Kosmo
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website