Home » , , » Emas | Jepun jadi penghalang pertama

Emas | Jepun jadi penghalang pertama

KORAT - Jepun meranapkan impian Malaysia untuk merangkul pingat emas pertama pada hari pembukaan Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 di Velodrom Kompleks Sukan Korat, semalam.
Tampil dalam acara final pecut berpasukan lelaki, skuad junior negara yang dibarisi Mohd. Arfy Qhairant Amran, Hamdan Hamidun dan Muhammad Fauzan Nor Azman sekadar mampu membawa pulang pingat perak selepas dikecewakan trio Jepun, Koji Tanaka, Kyohei Shinzan dan Kenta Nagao. Barisan pelumba muda negara mencatatkan masa 1 minit 05.569 saat manakala trio Jepun nyata terlalu unggul apabila merekodkan 1:04.585s.

Dalam saingan penentuan tempat ketiga dan keempat, trio Iran yang mencatat masa 1:06.165s lebih layak merangkul pingat gangsa selepas mengetepikan cabaran trio Korea Selatan (1:06.282s).
Sekalipun meraih pingat perak, jurulatih skuad junior negara, Suod Hussain tetap melahirkan rasa puas hati dan bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya itu.
"Kejayaan memenangi pingat perak dalam acara pecut berpasukan ini sudah dikira baik. Kita semua sudah ketahui betapa Jepun merupakan pilihan untuk memenangi acara ini.
"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada barisan pelumba muda negara kita yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam acara final tadi (semalam).
"Dalam acara ini, saya meletakkan dua muka lama iaitu Arfy dan Hamdan manakala Fauzan adalah pelumba baru. Bagaimanapun, ketiga-tiga pelumba telah membuktikan kepada saya bahawa mereka mampu melakar kejayaan walaupun persiapan bagi menghadapi ACC 2011 agak singkat," jelas Suod ketika ditemui semalam.
Pada ACC 2010 di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), trio negara sekadar mampu menduduki tempat keempat selepas kecundang di tangan Jepun. China dan Korea Selatan pula masing-masing menyambar pingat emas dan gangsa.
"Biarpun pingat perak, setidak-tidaknya kita sudah berjaya memperbaiki pencapaian pada ACC tahun lalu. Ini juga satu petanda bahawa trio pecut junior negara sudah berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang pada kejohanan akan datang," tambah Suod.
Terdahulu, skuad junior negara memulakan misi mereka dengan langkah bergaya apabila Arfy menyumbang pingat perak acara 1km ujian masa. Selain Arfy, pelumba wanita, Jupha Somnet turut cemerlang apabila muncul sebagai pelumba pertama negara menyumbang pingat selepas meraih perak acara 500m ujian masa.
"Secara peribadi, saya lihat Arfy dan Jupha masih belum 'panas'. Mungkin ini hari pertama, jadi mereka masih belum mendapat mutu kayuhan yang sebenar. Saya percaya mereka mampu melakukan aksi dengan lebih baik dalam acara seterusnya," jelas Suod.
Dengan tiga pingat perak berjaya diraih skuad junior pada hari pertama ACC 2011 semalam, Suod menambah: "Memang kita telah meletakkan sasaran untuk meraih pingat, tidak kira warna. Saya berharap dengan kutipan tiga pingat perak pada hari pertama akan memberi peransang dan motivasi tambahan kepada pelumba-pelumba junior negara untuk terus memburu pingat.
"Masih banyak lagi pingat yang ditawarkan dan inilah masanya untuk kita memperbaiki pencapaian ACC tahun lalu. Jika tiada sebarang masalah, saya tetap yakin kita mampu untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu pingat emas," katanya.

sumber: kosmo
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website