Home » , , » Pandelela atlet terbaik SAM

Pandelela atlet terbaik SAM

PETALING JAYA: Bintang terjun negara kelahiran Sarawak, Pandelela Rinong Pamg diumumkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus.
Beliau mengenepikan saingan beberapa atlet tersohor negara seperti Datuk Nicol Ann David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal) dan Nur Suryani Taibi (menembak), yang turut disenaraikan bagi memenangi anugerah itu.
Beliau membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Saya tidak sangka nama saya diumumkan sebagai penerima anugerah ini kerana persaingan untuk anugerah ini semuanya membabitkan atlet yang hebat-hebat belaka dan kemenangan ini akan saya jadikan motivasi untuk meningkatkan prestasi saya,” kata penerjun yang berasal dari Kuching itu dan baru sahaja menyambut ulang tahun ke-18 pada Rabu lepas.
Beliau kini sedang menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menghadapi Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-14 di Shanghai, China, Julai depan dan beberapa pertandingan siri dunia di Rusia, China, England dan Mexico.
“Tumpuan saya semestinya Kejohanan Dunia di Shanghai kerana ia adalah kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012. Semua pertandingan yang saya sertai adalah penting,” kata gadis berketurunan Bidayuh itu.
Pada Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-14 di Shanghai, China itu, 12 penerjun yang melangkah ke peringkat akhir akan berpeluang beraksi di Sukan Olimpik London.
Pada penampilan pertama beliau pada Sukan Olimpik Beijing pada 2008, Pandelela Rinong yang kurang berpengalaman ketika itu hanya sekadar menamatkan saingan di tempat ke-27 namun beliau kemudian menyerlah pada 2010 dengan meraih dua pingat perak pada temasya sulung Sukan Olimpik Remaja di Singapura.
Beliau kemudian mencipta sejarah buat Malaysia apabila meraih pingat emas dalam acara terjun 10m platform serta memenangi pingat perak dalam acara 10m platform serentak wanita di Sukan Komanwel, New Delhi, India tahun lepas.
Semasa di Asia Guangzhou pula, beliau meraih pingat perak dalam acara 10m platform serentak dan pingat gangsa dalam acara 10m platfrom individu
Sementara itu, atlet wushu negara Yeap Wai Kin dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Harapan 2010 manakala Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Khas daripada Persatuan Sukan Kebangsaan.
Sementara itu, pasukan bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun yang memenangi Piala AFF-Suzuki telah menerima Anugerah ‘Out Do Yourself 100Plus’. — Bernama
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website