SKUAD badminton negara menerima kejutan terbesar apabila tewas 2-3  kepada Thailand pada aksi suku akhir saingan berpasukan lelaki Sukan  Asia 2010 di Gimnasium Tianhe, Guangzhou semalam.
Bibit-bibit kegagalan Malaysia mula terjelma apabila pemain  perseorangan pertama negara, Datuk Lee Chong Wee tewas 21-9, 10-21,  19-21 kepada Boonsak Ponsana.
Bagaimanapun, beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong kembali  menceriakan kem Malaysia apabila menyumbang mata sulung selepas mudah  membenam Sudket Prapakamol-Songphon Anugritayawon 21-12, 21-13.
Pemain perseorangan kedua, Hafiz Hashim meletakkan Malaysia di  hadapan apabila menundukkan Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-14,  21-18) untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Namun beregu kedua negara, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong gagal  menghadiahkan kemenangan yang dicari apabila tewas 23-21, 12-21, 16-21  kepada Maneepong Jongjit-Bodin Isara.
Malaysia mengakhiri saingan semalam dengan noktah kegagalan apabila  pemain perseorangan ketiga, Daren Liew tewas 16-21, 16-21 kepada  Suppanyu Avihingsanon.
Jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek berkata, kekalahan  kepada Thailand itu sesuatu yang cukup tidak disangka.
"Saya rasa sedih kerana kita tewas pada peringkat suku akhir.  Sepatutnya kita tak boleh tewas kepada Thailand.
"Segalanya bermula apabila Chong Wei tewas. Kita mula risau Hafiz  tidak mampu untuk menghasilkan satu mata tetapi Hafiz berjaya bangkit  dan mencatat kemenangan.
"Tetapi saya harus akui beregu kedua kita tampak begitu tertekan dan  tidak dapat beraksi dengan selesa apabila diasak. Begitu juga dengan  Darren pada perlawanan penentuan," kata Misbun ketika ditemui selepas  perlawanan.
Ditanya kenapa Chong Wei tewas kepada Boonsak sedangkan sudah lebih  dua tahun dia tidak tewas kepada jaguh Thailand itu, Misbun berkata,  pemain No. 1 dunia itu sedang dalam proses pemulihan selepas demam.
"Memang Chong Wei tampak tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya  tetapi dia tetap perlu diturunkan kerana kita perlukan satu mata  daripada beliau," jelas Misbun.
Sementara itu, barisan wanita negara turut gagal mara ke separuh  akhir acara berpasukan apabila tewas mudah 0-3 kepada Korea Selatan.
sumber: kosmo 
Home »
Badminton
 , 
Datuk Lee Chong Wei
 , 
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
 » SUKAN ASIA DI Guangzhou | BADMINTON MALU BESAR
SUKAN ASIA DI Guangzhou | BADMINTON MALU BESAR
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 

0 ulasan:
Post a Comment