Home » , , , , » Portugal tagih magis Ronaldo

Portugal tagih magis Ronaldo

MESKIPUN memiliki pemain termahal dunia - Cristiano Ronaldo, namun itu bukan jaminan buat skuad kebangsaan Portugal bagi merang- kul gelaran Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan, Jun depan.
Jika ramai pihak beranggapan Ronaldo bakal membuka lembaran baru buat skuad yang diberi jolokan Seleccao das Quinas itu pada kempen Piala Dunia kali ini, ternyata andaian tersebut jauh meleset.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ronal- do yang juga bintang Real Madrid.
Secara terbuka, Ronaldo mengakui dia bukanlah seorang pemain yang mempunyai kuasa serta memiliki keajaiban bagi menentukan hala tuju pasu- kannya.
"Untuk sesebuah pasukan itu muncul juara pada Piala Dunia, mereka memerlukan sekurang-kurang 11 pemain terbaik.

"Jika hanya memiliki dua atau tiga pemain sahaja yang dilihat berpotensi, ia masih tidak memadai bagi menjuarai sebuah kejohanan berprestij dunia seperti ini (Piala Dunia).
"Saya tidak bermain secara bersendirian ketika di atas padang dan jauh sekali untuk mencipta keajaiban.
"Jika saya dan pemain-pemain lain mempamerkan prestasi konsisten, saya berasakan kami mampu mencatatkan keputusan yang baik," jelas Ronaldo.
Dia yang dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2008 menambah, Portugal bukanlah pasukan pilihan untuk bergelar juara.
"Sememangnya kami memiliki semangat sepasukan yang tinggi, namun pasukan-pasu- kan lain yang beraksi juga mahu bergelar juara dan Portugal masih belum pernah menjuarai kempen Piala Dunia," tambahnya.
Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kelima Portugal dalam pusingan akhir Piala Dunia dan keputusan terbaik yang pernah dicatatkan mereka adalah sekadar menduduki tempat ketiga pada kempen 1966 di Eng- land.
Ronaldo tetap optimis dengan kemampuan rakan-rakan sepasukannya apabila menganggap barisan pemain yang dimiliki Portugal kali ini lebih baik berbanding kempen 2006 di Jerman.
"Kami mungkin tidak memiliki pengalaman yang cukup sepertimana pasukan-pasukan lain tetapi jika diambil kira dari segi prestasi individu, saya percaya kami lebih baik.
"Yang penting kami akan cuba sedaya upaya memupuk semangat kerja sepasukan dan saya akan memberikan yang terbaik seperti- mana yang saya lakukan sebelum ini, baik ber- aksi untuk kelab mahupun negara," tambah Ronaldo lagi.
Dalam pada itu, jurulatih Portugal, Carlos Queiroz mahu bersikap realistik menjelang sepak mula kempen Piala Dunia 2010 yang dijadual membuka tirainya 11 Jun ini.
Bekas pembantu kepada pengurus Manchester United, Alex Ferguson itu meletakkan sasaran dalam kelompok empat pasukan terbaik pada kempen di bumi Afrika Selatan nanti.
"Portugal merupakan sebuah pasukan pili- han bagi bersaing menempatkan diri dalam empat kelompok pasukan terbaik dunia dan tidak mustahil kami mampu untuk melaku- kannya.
"Sejarah Piala Dunia telah membuktikan kepada kami bahawa ada tiga buah pasukan pilihan yang akan layak ke saingan peringkat separuh akhir dan disebabkan itu kami akan melakukan yang terbaik bagi mencapai segala yang dihajati," kata Queiroz.
Pada kempen Piala Dunia yang julung-julung kalinya diadakan di benua Afrika itu, anak-anak buah Queiroz diundi dalam Kumpulan G yang dianggap 'kumpulan maut' apabila dijadual berdepan Brazil selain Ivory Coast dan Korea Utara.
Atas kertas, Portugal dilihat tidak berdepan halangan sukar bagi menewaskan Ivory Coast dan Korea Utara, namun melihat kepada peningkatan yang dipamerkan kedua-dua pasukan tersebut, Queiroz sedar dia tidak boleh terlalu yakin.
"Kami diundi dalam kumpulan yang bagi saya sangat menarik dan pertembungan dengan Korea Utara sudah pastinya mengimbau kembali perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1966.
"Ketika itu, kami bangkit daripada ketinggalan dan akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan 5-3.
"Saya juga mengharapkan kami telah pun layak ke pusingan kedua sebelum kami menentang Brazil dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan," kata Quieroz.
Kini, hanya masa dan keadaan yang bakal menjadi penentu buat nasib anak- anak buah Queiroz pada Piala Dunia 2010 sama ada mereka tersungkur awal ataupun megah dengan keja- yaan menjulang trofi paling berprestij di muka bumi itu. - Agensi

sumber: kosmo. Link
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website