Home » , » FAM bersidang minggu depan

FAM bersidang minggu depan

BARISAN 15 pemimpin yang telah dipilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2010-2014 pada Sabtu lalu dijangka akan bersidang buat kali pertama minggu depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, masih tiada sebarang tarikh ditetapkan buat masa ini kerana ia hanya akan diputuskan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat.
"Belum lagi. Kita tunggulah titah dari- pada Tuanku Presiden. Mungkin pertemuan pertama barisan Jawatankuasa Ekseku- tif FAM yang baru ini akan berlangsung minggu depan atau 10 hari lagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jelas Azzuddin, buat masa ini tiada seba- rang keputusan boleh dibuat mana-mana jawatankuasa di dalam FAM memandangkan beberapa pengerusinya tewas ketika pemilihan pada Kongres Tahunan FAM ke-47, Sabtu lalu.

Antara yang tewas ialah Pengerusi Jawa- tankuasa Teknikal, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.
"Semua urusan FAM pada masa ini adalah mengikut apa-apa keputusan yang telah diputuskan sebelum kongres tempoh hari.
"Tiada apa keputusan baru yang boleh kita lakukan sebelum pelantikan pengerusi baru jawatankuasa-jawatankuasa tersebut termasuklah mengenai status penghantaran skuad Harimau Muda A ke luar negara," ujar Azzuddin.
Hanya dua individu yang berjaya mempertahankan jawatan iaitu Sultan Ahmad Shah yang menang tanpa bertanding kerusi Presiden FAM dan Datuk Afandi Hamzah yang menang salah satu kerusi Naib Presiden.
Dua kerusi Timbalan Presiden kini menjadi milik Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menerima 29 undi dan Tan Sri Annuar Musa dengan 23 undi.
Empat kerusi Naib Presiden pula disandang Datuk Subahan Kamal yang memperoleh 28 undi, Datuk Hamidin Mohd. Amin (27), Afandi (20) dan Datuk Abdullah Hishan Mohd. Hashim (19).
Lapan individu dipilih sebagai Exco FAM iaitu Datuk Takiyuddin Hassan 33 undi, Datuk Astaman Abdul Aziz (32), Mejar Rani Abdul Rahim (31), S. Sivasundaram (31), Dr. Hamdan Mohamed Khalib (29), Datuk Osman Salleh (24), Rosmadi Ismail (24) dan Datuk Jeferey Low Han Chau (20).

sumber: kosmo online
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website