LISBON, Portugal - Pemain tengah kelab bola sepak Manchester United (MU), Anderson Luis de Abreu Oliveira ditarik keluar oleh beberapa orang daripada kereta Audi R8 miliknya dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dia terlibat dalam satu kemalangan serius di Portugal sebelum kereta itu terbakar, lapor sebuah akhbar semalam.
Kemalangan yang melibatkan kereta berharga AS$198,332 (RM627,125) itu berlaku pada Sabtu lalu pada pukul 7 pagi waktu tempatan selepas Anderson menghabiskan waktu malam dengan berparti di sebuah kelab malam di Braga.
Anderson yang berasal dari Brazil itu dipercayai bersama dua orang rakannya apabila kemalangan tersebut berlaku. Kereta yang dipandu oleh rakan lelakinya terbabas dari jalan sebelum melayang setinggi 30.48 meter dan terjatuh di atas sebuah padang.
Beberapa saksi menyatakan Anderson sangat terhutang budi kepada mereka yang telah menyelamatkan nyawanya.
Ketiga-tiga mereka kemudiannya dihantar ke hospital St Mark dan dibenarkan pulang lewat pagi selepas mendapat rawatan.
"Mereka hanya mengalami kecederaan kecil," jelas jurucakap hospital, Roman Fresco.
Seorang rakan wanita Anderson difahamkan terpaksa menerima lebih banyak rawatan.
Pihak polis Portugal sedang menjalankan siasatan.
Media Portugal memetik kenyataan agensi Gestifute yang mewakili Anderson dengan menyatakan bekas pemain pasukan Porto itu mengalami pengalaman yang amat menakutkan.
Namun, dia akan kembali ke Manchester untuk meneruskan proses rawatan berikutan kecederaan lutut yang serius sejak Februari lalu yang menyebabkan dia terlepas untuk beraksi di Piala Dunia 2010.
Pengurus MU, Sir Alex Ferguson sudah dimaklum- kan mengenai kejadian itu. - Agensi
sumber: kosmo online
Pemain MU nyaris terbakar
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment