BERLIN - Mesut Ozil tidak akan turun beraksi untuk Werder Bremen pada perlawanan pertama playoff Liga Juara-Juara menentang Sampdoria pada awal pagi esok selepas bintang Jerman itu sah akan berhijrah ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan 15 juta euro (RM60.9 juta).
"Kami terpaksa menghormati keputusan Ozil untuk ber hijrah bagi meningkatkan lagi kariernya," kata Pengarah Sukan Bremen, Klaus Allofs.
Pada masa yang sama, laman web rasmi Real turut mengesahkan berita perpindahan tersebut setelah mereka tertarik dengan kelibat cemerlang Ozil sepanjang Piala Dunia 2010.
Justeru, tatkala Bremen sedang bersiap untuk menghadapi Sampdoria, Ozil, 21, tidak turun menyertai sesi latihan semalam dan dia dijangka akan berada di Madrid hari ini untuk ujian perubatan.
Real perlu membuat keputusan segera sebelum aksi playoff menentang Sampdoria esok kerana sekiranya Ozil turun beraksi pada perlawanan itu, dia tidak dibenarkan bermain untuk dua pasukan berbeza pada saingan Eropah itu dalam satu musim.
Sementara itu, skuad bimbingan Thomas Schaaf tersebut kerap bermain pada Liga Juara-Juara sejak beberapa tahun kebelakangan ini manakala Sampdoria kali terakhir beraksi ketika mereka tewas kepada Barcelona pada final 1991/92.
Bagi perancang tengah Itali, Antonio Cassano, dia yang telah menolak untuk berhijrah ke Inter Milan, berhasrat untuk memberi komitmen penuh bagi membantu Sampdoria mengulangi kejayaan lampau tersebut.
"Saya mahu tamatkan karier di sini. Bersama Sampdoria, saya rasa begitu selesa umpama raja. Apa yang penting dalam hidup adalah kebahagiaan dan saya merasai semuanya di sini," kata Cassano. - AFP
sumber: kosmo
Ozil sah jadi milik Real Madrid
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment