MALAYSIA berjaya meraih pingat perak dalam acara berpasangan pada Kejohanan Boling Lelaki Dunia di Dream Bowl Palace, Munich semalam.
Kejayaan tersebut hadir menerusi gandingan mantap Alex Liew dan Nur Aiman yang ternyata cemerlang sepanjang laluan mereka ke perlawanan akhir.
Pada aksi final semalam, mereka turun menentang pasangan pilihan utama kejohanan dari Sweden, Martin Paulsson dan Mathias Arup tanpa sedikit pun tidak menunjukkan perasaan gentar.
Malah, gandingan mereka dilihat lebih cemerlang pada awal saingan apabila pasangan negara itu berjaya mendahului lawan mereka dengan 16 jatuhan pin.
Namun, Alex dan Aiman terpaksa akur dengan kehebatan dua pemain dari Sweden itu yang tampil cemerlang pada pusingan terakhir dengan melakukan 221 jatuhan pin keseluruhannya.
“Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan tahap permainan Alex dan Aiman hari ini (semalam).
“Namun, nasib ternyata tidak menyebelahi kami (Malaysia) selepas suatu ketika berjaya mendahului pihak lawan dengan 16 jatuhan pin sebelum kecundang pada pusingan akhir.
“Apa-apa pun bagi saya pingat perak sudah memadai pada kejohanan dunia kali ini,” jelas ketua jurulatih Malaysia,” Holloway Cheah.
Terdahulu, Alex dan Aiman berjaya mengetepikan pasangan tuan rumah, Bodo Konieczny dan Jens Nickel dengan 429 jatuhan pin berbalas 325 pada aksi peringkat sepa- ruh akhir.
sumber: kosmo
Sukan Boling | Malaysia Raih Pingat Perak
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment