SEKURANG-kurangnya 22 pemain profe- sional tempatan layak beraksi pada Kejohanan Golf Terbuka Iskandar Johor yang dijadualkan berlangsung di Horizon Hills Golf & Country Club pada 14 hingga 17 Oktober ini.
Pemain profesional No. 1 negara, Danny Chia dijangka mengetuai cabaran Malay- sia ke kejohanan yang dianggap antara terbesar dalam Jelajah Asia itu.
Danny layak berbekalkan ranking selaku pemain terbaik ke-29 dalam Order of Merit (OOM) Jelajah Asia tahun lalu.
Untuk rekod, 65 pemain terbaik dalam senarai OOM tahun lalu layak secara auto- matik ke kejohanan ini.
Bagi Danny, 38, dia melakar sejarah apa- bila menjadi pemain profesional lelaki pertama negara melepasi cut ke kejohanan utama apabila menyudahkan penampilan di Terbuka Britain, Julai lalu dengan catatan dua atas par 290.
Ini membolehkannya mengatasi pemain-pemain ternama seperti bintang Piala Ryder England, Ian Poulter, kapten pasukan Piala Ryder Eropah, Colin Montgomerie dari Scotland dan bekas juara Masters, Zach Johnson.
Berikutan persembahan cemerlang itu, Danny berharap dapat melakukan yang ter- baik pada Terbuka Iskandar yang akan ber- mula dalam masa dua minggu lagi.
“Saya berharap dapat menampilkan permainan hebat di hadapan penonton sendiri, lagi pun rekod saya agak baik di Johor.
“Saya sudah tidak sabar untuk bermain di lapangan Horizon Hills,” ujar Danny yang mencatat tempat kesembilan pada edisi 2008 lalu.
Selain Danny, dua lagi pemain tempa- tan yang layak secara automatik ialah Iain Steel dan Shaaban Hussin berdasarkan ranking mereka dalam Jelajah Asia 2009.
Selain mereka, pemain tempatan yang di- jangka dapat memberi cabaran adalah juara Worldwide Selangor Masters 2008, Ben Leong, juara Terbuka Pakistan 2007, Airil Rizman Zahari dan peneraju ranking Jela- jah Pembangunan Asia dan OOM Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia (PGAM), S. Sivachandran dan M. Sasidaran.
Sementara itu, 10 tempat turut diberi- kan kepada pemain tempatan terbaik berdasarkan OOM PGAM.
“Kami berbangga kerana sekurang-kurangnya 22 pemain professional tempatan telah layak untuk beraksi pada kejohanan kali ini.
“Ini menunjukkan jika diberi peluang, pemain-pemain tempatan mempunyai kualiti untuk memberi cabaran kepada pemain- pemain antarabangsa.
“Sebagai penaja utama, IRDA berbangga untuk memainkan peranan dalam menyokong pembangunan sukan golf di negara ini,” ujar Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim.
Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan Kelab Golf Horizon Hills menyedia- kan pakej berpatutan untuk pemain- pemain profesional tempatan yang ingin berlatih di lapangan berkenaan sebagai perse- diaan menghadapi kejohanan kali ini.
Untuk pemain-pemain profesional yang layak, mereka hanya perlu membayar sebanyak RM60.75 untuk buggy dan kedi. Tawaran itu hanya untuk hari biasa sahaja.
Sebelum ini Horizon Hills memang memberi keistimewaan kepada mana-mana pemain profesional untuk bermain pada hari biasa dengan kadar RM100 termasuk buggy dan kedi.
sumber: kosmo
Danny ketuai cabaran negara
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment